Leto John Etol sedang mengambil bacaan GPS pada salah satu piket. |
Friday, November 30, 2012
PENGAMBILAN BACAAN GPS TAMAN HERBA NOINTUS
ALTERNATIF MENCARI DUIT
Anderson Oyow sedang menyusun pandan yang diambil di hulu sungai Nointus. |
Tuesday, November 6, 2012
LATIHAN KEWANGAN FASA 1
Sebahagian peserta fasa pertama di Kg. Tampasak. |
PACOS Trust dengan kerjasama Tampasak Youth Club dan PR TATABA TUMOKU telah mengadakan satu latihan pengurusan kewangan yang diadakan pada 30hb Oktober 2012 bertempat di kediaman Cik Nancy Joannes. Seramai 40 orang peserta yang rata-ratanya terdiri daripada golongan belia dari Kg. Tampasak, Kg. Timpango, Kg. Babagon dan Kg. Notoruss. Latihan ini dikendalikan oleh Cik. Emmy Lo dan Puan Winnie Joannes dari Unit Kewangan PACOS Trust.
Dalam latihan fasa pertama ini, peserta diajar mengenai prinsip-prinsip asas pengurusan bajet dan kewangan serta menilai perancangan. Di akhir sesi latihan yang berlangsaung selama 4 jam ini, semua peserta diberikan sijil yang disampaikan oleh pengerusi PR TATABA TUMOKU, En. Sammy Gonsuin. Cik Emmy juga memberikan sumbangan kuih bulan kepada peserta sempena sambutan perayaan kuih bulan yang jatuh pada hari yang sama. Latihan fasa kedua akan diadakan selepas penilaian fasa pertama siap.
Saturday, September 1, 2012
3-in-1 CELEBRATION
Keluarga MS. Dari kiri : Adeline, Debbie, Debra, Jerome, Pn. Modesta, En. Maratim, Puyo, Nelly & Kelly |
Kg. Tampasak sekali lagi telah mengadakan 3-in-1 celebration pada 26hb Ogos 2012 yang lepas. Sambutan Bulan Kemerdekaan, Hari Keluarga dan Ulang tahun perkahwinan telah diadakan di kediaman En. Maratim Soinggun. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Benard G. Dompok, MP Penampang. Seperti setiap tahun, Hari Keluarga disambut serentak dengan Bulan Kemerdekaan, namun tahun ini ia menjadi sesuatu yang bermakna bagi keluarga tuan rumah apabila mereka menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-19 bagi En. Maratim Soinggun dan Pn. Modesta Jiniu.
AJK HARI KELUARGA BERSAMA TAN SRI BENARD & ROMBONGAN |
Antara aktiviti sepanjang majlis ini ialah teka kacang & peria, pertandingan makan buah epal, menari twist, permainan tunang-kahwin-cerai, tiket bertuah, beli suara, limbo rock dan beberapa lagi aktiviti menarik. Syabas kepada pihak penganjur. Bermula tahun depan, majlis Hari Keluarga Kg. Tampasak akan diadakan di Pentas Terbuka Kg. Tampasak.
GOTONG-ROYONG TINIMUNGAN MOROROBUAT
Tinimungan Mororobuat dengan kerjasama Kelab Belia Tampasak (TAYOC) telah mengadakan gotong-royong pada 19hb Ogos 2012 untuk mengambil 'tonsuk' bagi tiang dan memasang pagar duri untuk memagari sekeliling kawasan Kebun Organik Komuniti di Paun Tampasak. Wakil TAYOC juga menjayakan gotong-royong yang dijalankan meskipun hujan lebat turun mencurah-curah semasa proses pemasangan pagar ini. Syabas kepada semua yang terlibat.
PEMASANGAN PAPAN TANDA
Pada 26hb Julai yang lepas, AJK Tagal Kg. Tampasak telah memindahkan dan memasang semula papan tanda larangan menangkap ikan atau papan tanda kawasan tagal yang diberikan oleh Jabatan Perikanan Sabah. Papan tanda ini dipindahkan di sempadan kawasan tagal Tampasak - Kolosunan. Golongan belia turut terlibat dalam aktiviti ini.
MEMINDAHKAN BATU SUMPAH
Satu gotong-royong memindahkan batu sumpah tagal telah diadakan di kawasan tagal Kg. Tampasak pada 26hb Julai 2012. Batu sumpah ini terpaksa dipindahkan kerana ditengelami air semasa musim hujan akibat penambahan ketinggian pintu 'spillway' empangan. Golongan belia turut serta dalam aktiviti ini.
Friday, July 20, 2012
PELEPASAN IKAN DI NOINTUS
Pelepasan ikan ke dalam kolam Nointus kali ke-3 telah dilakukan dengan pelepasan 5 ekor induk ikan patin bagi tujuan pembiakan. Pelepasan ini dilakukan oleh Jayson Jubile dan Fadomin Jukin. Dengan pelepasan ini, maka bertambahlah lagi spesies ikan di dalam kolam ini.
SEBULAN LEBIH TERBIAR
Keadaan yang berselerak di pondok. |
Antara contengan di meja meskipun terdapat notis terpampang. |
Wednesday, July 18, 2012
AWAS WARGA TAMPASAK!!
Sejak akhir-akhir ini, terdapat beberapa buah lori yang mengutip atau membeli besi skrap di Kg. Tampasak ini. Tetapi, ada di antara pembeli ini bersikap biadap dan kurang sopan apabila berani masuk mengutip besi di rumah sewaktu ketiadaan tuan rumah. Lebih memburukkan keadaan apabila rata-rata pembeli ini merupakan orang asing. Maka, diharapkan agar semua penduduk Kg. Tampasak berhati-hati dengan golongan pembeli ini. Jika anda terlihat mereka yang mencurigakan, sila lapor kepada pihak yang berkenaa.
PERTANDINGAN KARAOKE KOMULAKAN UPKO 2012
Para pemenang bersama YBhg. Datuk Philip Lasimbang. |
Pergerakan Komulakan UPKO Penampang telah mengadakan pertandingan karaoke yang diadakan di PUSAKAG Cafe', Donggongon. Seramai 22 orang belia dan beliawanis dari seluruh Penampang dan Kepayan telah berentap di atas pentas untuk dinobatkan juara. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Philip Lasimbang dan dengan kehadiran para EXCO Wanita dan EXCO Pemuda disamping kehadiran rakan-rakan EXCO Komulakan.
TAYOC tidak dapat menghantar wakil kerana Cik Zanalee terpaksa menarik diri atas sebab kurang sihat. Namun, wakil Zon Pertanian, Cik Esther dari Kg. Kibunut muncul juara dengan membawa pulang wang tunai RM500.00, trofi, dan sijil.
KA'AMATAN KG. TAMPASAK
Pemenang 'Tanak Topiodo'- Chader, Cynthia dan Abby. |
Pesta ini telah dirasmikan oleh ADUN Moyog, Datuk Donald Mojuntin yang tiba bersama-sama dengan EXCO Pemuda Bahagian UPKO. Pelbagai acara telah dijalankan seperti pertandingan akhir 'mipulos' (gusti lengan) yang mana tahun ini sejarah tercipta apabila juara 7 tahun berturut-turut, Fadomin Jukin (TAYOC) tewas kepada peserta dari Kg. Kolosunan.
Pertandingan 'sugandoi sinding koubasanan' juga diadakan dengan menyaksikan penyertaan beliawanis yang mewakili TAYOC. Rata-rata peserta kali ini merupakan mereka yang kali pertama mengikuti pertandingan. Juara sugandoi dirangkul oleh Pn. Villa Toik, manakala Cik Zanalee dan Pn. Gusinah masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Buat kali pertama Unduk Ngadau diganti dengan pertandingan Tanak Topiodo yang dimenangi oleh adik Cynthia Idris manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik adik Chander Johny dan adik Abby Idris. Adik Abby juga dinobatkan Miss Popular apabila meraih undi paling banyak daripada penonton.
Pihak belia juga memainkan peranan penting dalam penganjuran kali ini. TAYOC turut menjalankan aktiviti teka jumlah tabs (pembuka tin aluminium) yang dimenangi oleh Cik Adrinna Alex.
Syabas kepada pihak penganjur dan semua krew-krew yang terlibat.
Friday, May 18, 2012
SUKAN KA'AMATAN ZON PERTANIAN 2012
Sukan sempena Perayaan Tadau Ka'amatan Peringkat Zon Pertanian 2012 telah berlangsung di Padang Kg. Madsiang pada 13hb Mei 2012. Penyertaan belia-belia Kg. Tampasak pada tahun ini cukup memberangsangkan dan tiada satu pun acara yang gagal dimenangi oleh para peserta dari Kg. Tampasak.
Berikut keputusan penuh acara-acara yang dipertandingkan :
TARIK TALI
1ST-JKKK Notoruss
2ND-JKK Kipouvo
3RD-JKKK Tampasak
MONOPUK :
1ST-JKKK Notoruss
2ND-JKKK Tampasak
3RD-JKKK Madsiang
LARI 100m IKAT KAKI (P) :
1ST-JKKK Notoruss
2ND-JKKK Tampasak
3RD-JKKK Moyog
LARI 100m IKAT KAKI (L) :
1ST-JKKK Tampasak
2ND-JKKK Tampasak
3RD-JKKK Kibunut
MIPULOS (P) :
1ST-JKKK Tampasak
2ND-JKKK Madsiang
3RD-JKKK Kipouvo
MIPULOS (L) :
1ST-JKKK Moyog
2ND-JKKK Tampasak
3RD-JKKK Tampasak
MELASTIK :
1ST- JKKK Tampasak
2ND- JKKK KKibunut
3RD- JKKK Tampasak
Syabas dan tahniah kepada semua belia yang terlibat dalam sukan kali ini.
Berikut keputusan penuh acara-acara yang dipertandingkan :
TARIK TALI
1ST-JKKK Notoruss
2ND-JKK Kipouvo
3RD-JKKK Tampasak
MONOPUK :
1ST-JKKK Notoruss
2ND-JKKK Tampasak
3RD-JKKK Madsiang
LARI 100m IKAT KAKI (P) :
1ST-JKKK Notoruss
2ND-JKKK Tampasak
3RD-JKKK Moyog
LARI 100m IKAT KAKI (L) :
1ST-JKKK Tampasak
2ND-JKKK Tampasak
3RD-JKKK Kibunut
MIPULOS (P) :
1ST-JKKK Tampasak
2ND-JKKK Madsiang
3RD-JKKK Kipouvo
MIPULOS (L) :
1ST-JKKK Moyog
2ND-JKKK Tampasak
3RD-JKKK Tampasak
MELASTIK :
1ST- JKKK Tampasak
2ND- JKKK KKibunut
3RD- JKKK Tampasak
Syabas dan tahniah kepada semua belia yang terlibat dalam sukan kali ini.
Thursday, May 10, 2012
BANJIR BESAR
Banjir besar di Nointus. |
Dalam hujan lebat yang turun mencurah-curah, kesanggupan krew-krew TAYOC- En. Recyno, En. Jayrol, En. Fejasmond dan En. Roysten untuk meredah arus dan air besar bagi membuka kayu-kayu besar daripada melanggar jaring ikan harus dipuji. Mereka turut mengambil kesempatan air besar untuk menaikkan kayu besar dan berat untuk dijauhkan daripada tebing kolam.
Terima kasih juga kepada En. Kenny dan En. Leslie yang menaja makanan ringan bagi menghilangkan penat lelah krew-krew.
LAWATAN EXCO UPKO DI NOINTUS
Taman Herba Nointus yang sedang dalam pembaikan menerima kunjungan seramai 15 orang termasuk 2 wakil EXCO UPKO Bahagian Penampang dan wakil-wakil Komulakan UPKO Cawangan Timpango dan Moyog pada petang ahad yang lepas. Rombongan ini diiringi oleh En. Roysten J. (Pengerusi TAYOC). Turut mengiringi ialah krew-krew TAYOC- En. Kenny I., En. Anderson N., En. Leslie J. dan En. Cyril P.
Rombongan ini turut diberi taklimat mengenai perkembangan aktiviti belia di Kg. Tampasak dan sejarah ringkas taman ini. Selain ubat-ubatan tradisional, pempraktikan sistem tagal juga dilakukan di sungai Nointus ini. Sebagai simbolik, wakil Exco UPKO Bahagian, Cik Celestina dan Cik Glorya turut menanam pokok gaharu di sebagai tanda sokongan terhadap projek 'Nointus Go Green'.
Aktiviti ramah-mesra bersama-sama belia-belia Kg. Tampasak turut diadakan di kediaman En. Herman Amat atau lebih dikenali sebagai Red Square Old Trafford. Sumbangan untuk projek 'Nointus Go Green' telah disampaikan oleh Exco UPKO, Cik Celestina kepada Ketua Unit Pembangunan Belia TAYOC, En. Leslie Justin. Turut bersama dalam sesi ramah-mesra ialah En. Ewon Benedick, Pengerusi Komulakan UPKO Nasional.
Rombongan ini turut diberi taklimat mengenai perkembangan aktiviti belia di Kg. Tampasak dan sejarah ringkas taman ini. Selain ubat-ubatan tradisional, pempraktikan sistem tagal juga dilakukan di sungai Nointus ini. Sebagai simbolik, wakil Exco UPKO Bahagian, Cik Celestina dan Cik Glorya turut menanam pokok gaharu di sebagai tanda sokongan terhadap projek 'Nointus Go Green'.
Aktiviti ramah-mesra bersama-sama belia-belia Kg. Tampasak turut diadakan di kediaman En. Herman Amat atau lebih dikenali sebagai Red Square Old Trafford. Sumbangan untuk projek 'Nointus Go Green' telah disampaikan oleh Exco UPKO, Cik Celestina kepada Ketua Unit Pembangunan Belia TAYOC, En. Leslie Justin. Turut bersama dalam sesi ramah-mesra ialah En. Ewon Benedick, Pengerusi Komulakan UPKO Nasional.
BANTUAN AMAL
Pada o6hb Mei 2012, pergerakan Komulakan UPKO Bahagian Penampang dengan kerjasama TAYOC telah mengadakan aktiviti amal dengan mengagihkan bantuan yang berupa barangan dapur dan keperluan harian kepada 6 orang warga emas di Kg. Tampasak, Penampang. Antara penerima di kampung ini ialah Puan Louti, Puan Kindion, Puan Gorotot, Puan Bibiana, Puan Lounim dan Encik Joannes. Bantuan telah disampaikan oleh wakil exco bahagian Cik Celestina dan Cik Glorya, Pengerusi Komulakan UPKO Bahagian En. Herman Amat dan wakil AJK Komulakan UPKO Bahagian En. Edresso Gibon dan Cik Fullfah Gadun.
Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan di Komulakan UPKO Bahagian diatas pemilihan kapung Tampasak dan kesudian menyampaikan bantuan kepada warga emas di kampung ini.
Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan di Komulakan UPKO Bahagian diatas pemilihan kapung Tampasak dan kesudian menyampaikan bantuan kepada warga emas di kampung ini.
GOTONG-ROYONG KAMPUNG
Bergotong-royong membuka tanah runtuh yang memenuhi parit. |
JKKK Tampasak dengan kerjasama pihak Kelab Belia Tampasak (TAYOC) telah mengadakan gotong-royong membaiki jalan yang menghubungkan Fasa 1 dan Fasa 2. Seramai 50 orang penduduk kampung terlibat dalam kegiatan ini. Selain itu, pembersihan parit turut dijalankan dimana tanah runtuh yang masuk kedalam parit sepanjang 10 meter telah dilakukan. Tumpuan gotong-royong kali ini ialah jalan by-pass yang belum diaspal. Beberapa orang belia turut menyembur racun rumput di sepanjang jalan Fasa 1 & 2 dan sekeliling gelanggang sukan pelbagai guna Kg. Tampasak.
Aktiviti ini turut dihadiri oleh ADUN Moyog, Datuk Donald Datuk Peter Mojuntin. Aktiviti diakhiri dengan makan tengahari bersama-sama di D'Sulap Titin.
Monday, April 30, 2012
BULAN LIMA
"Norikot nodi bulan 5.." lagu ini terus berkumandang di telinga admin. Terngiang-ngiang lagi pangkis sayau tahun lepas. AWASSS!! Bulan 5 ini sinonim dengan bulan aramai tie, makanya sila berhati-hati kio. Jangan terlampau minum. Apa-apapun, bagi pihak belia Kg. Tampasak, Penampang kami ingin mengucapkan 'KOTOBIAN TADAU TAGAYO DO KA'AMATAN'.
Friday, April 27, 2012
XPDC JORAN 1
Kenny dengan keli afrika ...
Airon dengan common-carpnya..
Kepelbagaian jenis ikan seperti keli afrika, patin, tilapia, lampam jawa, grass-carp dan tilapia merah yang sebesar 1kg-5kg menghuni kolam sebesar padang bolasepak. Antara belia yang terlibat ialah :
01. Jayrol Jubile
02. Jayrieco Jubile
03. Recyno Judin
04. Cyril Junior
05. Kelly Gregory
06. Airon Alex
07. Kenny Idris
08. Sulaiman Osman
09. Roysten Johny
10. Herman Amat
11. Leslie Justin
12. Flien Jinson
EARTH DAY 2012
Belia Tampasak telah menyambut 'Hari Bumi 2012' pada 22hb April 2012 yang lepas di Taman Herba Nointus, Kg. Tampasak. Sebanyak 12 pokok herba tempatan yang dipanggil 'tomboilik' telah ditanam di sekitar taman. Selain itu, terdapat 15 pokok dan bunga berbeza jenis ditanam sebagai simbolik menyelamatkan bumi daripada pencemaran dan aktiviti ini merupakan salah satu tugasan dalam projek 'Nointus Go Green'.
EARTH HOUR 2012
Mereka yang sanggup mengorbankan masa untuk bersama-sama menyahut EH2012 ialah :
01. En. Sulaiman Osman (Petagas)
02. En. Ruby Paulin (Timpoluon)
03. En. Melldry Mikin (Babagon)
04. En. Roysten Johny (Tampasak)
05. En. Flien Jinson (Tampasak)
06. En. Nayvelter Jinson (Tampasak)
07. En. Anderson Jerome (Tampasak)
08. En. Jayrol Jubile (Tampasak)
09. En. Jayrieco Jubile (Tampasak)
10. En. Leslie Justin (Tampasak)
11. En. Kelly Gregory (Tampasak)
12. En. Recyno Judin (Tampasak)
12. En. Cyril Junior (Tampasak)
13. En. Airon Alex (Tampasak)
14. En. Kenny Idris (Tampasak)
15. En. Fejasmon Jukin (Tampasak)
PAPAN TANDA LARANGAN
Papan tanda baru..
Terdapat 13 jenis ikan yang terdapat di dalam kolam ini. Antaranya ialah ikan tilapia, turongou, sepat siam, comon-carp, tilapia merah, kalui, karuk, keli afrika, haruan, koi, lampam jawa, lumpis, dan pelian. Selain itu terdapat juga hidupan lain seperti kepah air tawar, labi-labi, kura-kura dan 'lindung (belut) di dalam kolam ini.
PELEPASAN BENIH IKAN BULAN APRIL
Jayrol melepaskan 12 ekor lampam jawa dewasa
Roysten melepaskan 70 ekor benih ikan merah.
Untuk bulan April ini, sebanyak 15 ekor lampam jawa telah dilepaskan oleh En. Jayrol Jubile dan sebanyak 70 ekor tilapia merah dilepaskan oleh En. Roysten Johny masing-masing pada awal dan pertengahan bulan.
Dijangka lebih banyak benih ikan akan dilepaskan pada masa akan datang.
BENGKEL TRANSFORMASI
Pemuda UPKO Bahagian Penampang telah mengadakan Bengkel Transformasi Politik Generasi Muda Parlimen Penampang pada 22hb April 2012 bertempat di J'Borneo Native Village, Lok Kawi. Bengkel ini merangkumi perkongsian mereka yang berpengalaman mengenai politik. Antara penceramah pada hari tersebut ialah YB. Datuk Phillip Lasimbang dan Gun. Ewon Benedick. Presiden UPKO, YAB. Tan Sri Bernard Dompok, dan ADUN Kawasan Moyog, Datuk Donald Mojuntin juga turut serta dalam sesi terakhir bengkel tersebut.
Bengkel ini berkisar mengenai sifat-sifat kepimpinan dan pemimpin muda yang bermula pada jam 1 petang hingga jam 4 petang ini berakhir dengan sesi beramah-mesra pemimpin bersama belia.
TAYOC diwakili oleh En. Herman Amat (Pengerusi Komulakan UPKO Penampang), En. Roysten Johny (Penegrusi TAYOC), En. Leslie Justin, En. Kenny Idris dan En. Imanuil Simban.
Bengkel ini berkisar mengenai sifat-sifat kepimpinan dan pemimpin muda yang bermula pada jam 1 petang hingga jam 4 petang ini berakhir dengan sesi beramah-mesra pemimpin bersama belia.
TAYOC diwakili oleh En. Herman Amat (Pengerusi Komulakan UPKO Penampang), En. Roysten Johny (Penegrusi TAYOC), En. Leslie Justin, En. Kenny Idris dan En. Imanuil Simban.
TAHNIAH VETERAN!!
Tampasak Veteran FC berjaya mempertahankan piala Bolasepak Kategori Veteran Ka'amatan Peringkat Zon Pertanian 2012 yang berlangsung di padang Kg. Madsiang pada 15hb April dan 22hb April 2012. Ini merupakan kejuaraan ketiga berturut-turut Tampasak Veteran FC.
Berbeza dengan dua lagi kelab dari Kg. Tampasak yang diwakili oleh belia iatu Tampasak United dan Tampasak Junior yang tersingkir awal. Satu lagi kelab yang diwakili TAYOC FC tidak menyertai pertandingan kali ini.
Syabas kepada semua yang terlibat.
Berbeza dengan dua lagi kelab dari Kg. Tampasak yang diwakili oleh belia iatu Tampasak United dan Tampasak Junior yang tersingkir awal. Satu lagi kelab yang diwakili TAYOC FC tidak menyertai pertandingan kali ini.
Syabas kepada semua yang terlibat.
Monday, March 26, 2012
PAY BEFORE YOU PLAY
Gara-gara kaki hutang, semua pemain terpaksa menanggung akibat. Bola futsal hanya akan diberikan selepas pembayaran harian dilangsaikan. Begitu juga dengan lampu gelanggang futsal, hanya akan dinyalakan jika semua pemain telah mendaftar dan membayar RM 1.00 setiap malam.
Pihak pengurusan gelanggang mendapati hutang-hutang yang semakin banyak dan peningkatan bil elektrik serta kos membeli bola futsal dan peralatan sukan yang lain tidak seimbang. Diharap agar semua pemain terlibat mengikut peraturan sedia ada.
INFO FROM FB TAYOC
Program 'NOINTUS GO GREEN' akan diadakan sepanjang tahun ini bermula dari bulan Mac sehingga akhir tahun 2012. Program ini merupakan kesinambungan kepada program sedia ada 'GIVE NOINTUS ANOTHER BREATH' yang diadakan sepanjang tahun 2011 dan diteruskan pada tahun 2012. Program ini merangkumi beberapa fasa.
ECO-ENZYM PHASE 2
Team Eco-Tech telah melawat Kg. Tampasak pada awal bulan Mac untuk meninjau perkembangan projek ko-enzim yang mereka laksanakan bersama dengan TAYOC. Hampir semua projek mendatangkan hasil yang berbaloi kerana lebih separuh daripada hasil enzim dapat dibotolkan dan akan dijual di tamu hari minggu di Bandar Donggongon.
Syabas kepada semua peserta yang terlibat. Bagi mereka yang ingin meminta tunjuk ajar mengenai penghasilan ko-enzim, TAYOC bersedia berkongsi pengalaman. Sila hubungi krew kami melalui emel: sakagnointus@yahoo.co.uk atau tampasak_belia@yahoo.com atau inbox ke akaun facebook 'Kelab Belia Tampasak'.
Sunday, March 25, 2012
BILA AKAN SIAP?
Jalan pendakian. Perhatikan tanah runtuh di sebelah parit. Gambar sebelum tanah runtuh. |
Bagi mereka yang menggunakan pacuan 4 roda atau kereta-kereta besar tidak menjadi masalah bagi mereka melalui jalan ini. Tetapi bagaimana jika mereka yang mempunyai kereta rendah? Pastinya bunyi yang berkeriut akibat sentuhan antara permukaan jalan dan bahagian bawah kereta atau bumper depan pasti menyakitkan hati. Pada waktu hujan, jalan ini akan menjadi terlalu licin untuk dilalui. Sewaktu tinjauan ke jalan ini pada awal bulan Mac 2012, salah satu daripada 2 bahagian parit di tepi jalan tidak berfungsi kerana tersumbat dengan tanah runtuh. Air akan membanjiri jalan ketika hujan lebat.
Pihak belia berharap agar jalan ini diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak KK, JKKK, dan UPKR. Persoalannya, bila jalan ini akan siap sempurna sepenuhnya?
Subscribe to:
Posts (Atom)