Sunday, March 25, 2012

BILA AKAN SIAP?

Jalan pendakian. Perhatikan tanah runtuh di sebelah parit. Gambar sebelum tanah runtuh.
     Seperti yang kita telah sedia maklum bahawa jalan yang menghubungkan Tampasak Fasa 1 dan Fasa 2 telah siap setelah pembinaan jalan ke Fasa 3 dilakukan. Namun setelah 2 tahun berlalu, jalan tersebut masih belum diaspal biarpun sudah di tabur dengan batu gred. Lagi teruk jika kereta mula mendaki simpang depan rumah bekas pengerusi TAYOC, En. Roysten Johny kerana jalan tersebut terlalu curam dan memudaratkan kereta yang rendah.

    Bagi mereka yang menggunakan pacuan 4 roda atau kereta-kereta besar tidak menjadi masalah bagi mereka melalui jalan ini. Tetapi bagaimana jika mereka yang mempunyai kereta rendah? Pastinya bunyi yang berkeriut akibat sentuhan antara permukaan jalan dan bahagian bawah kereta atau bumper depan pasti menyakitkan hati. Pada waktu hujan, jalan ini akan menjadi terlalu licin untuk dilalui. Sewaktu tinjauan ke jalan ini pada awal bulan Mac 2012, salah satu daripada 2 bahagian parit di tepi jalan tidak berfungsi kerana tersumbat dengan tanah runtuh. Air akan membanjiri jalan ketika hujan lebat.

    Pihak belia berharap agar jalan ini diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak KK, JKKK, dan UPKR. Persoalannya, bila jalan ini akan siap sempurna sepenuhnya?

No comments:

Post a Comment