Friday, November 30, 2012

ALTERNATIF MENCARI DUIT

Anderson Oyow sedang menyusun pandan yang diambil di hulu sungai Nointus.
Bagi organisasi atau kumpulan belia-belia di kampung lain, mereka lebih suka memohon derma daripada individu tertentu untuk membiayai pelaksanaan aktiviti belia. Namun, belia di Kg. Tampasak tidak mahu mempraktikkan konsep 'minta duit' daripada individu-individu tertentu tapi mengambil beberapa inisiatif bagi mencari dana bagi menampung kos pengurusan kelab dan aktiviti yang semakin meningkat mengikut jenis aktiviti yang dilaksanakan. Salah satu cara yang selalu diguna-pakai ialah penjualan pandan. Sumber ini boleh didapati dengan banyak di Taman Herba Nointus. Aktiviti ini dilakukan sekali seminggu iaitu setiap sabtu yang mana berpendapatan RM 25-50 seminggu bergantung kepada permintaan. Cukup? memang tidak cukup tapi sekurang-kurangnya belia Tampasak belajar menjadi 'susah' untuk mendapatkan duit bagi menampung perbelanjaan aktiviti belia. Syabas kepada semua belia yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga mereka dikala belia sebaya mereka beriadah bersama rakan-rakan lain.

No comments:

Post a Comment