|
Leto John Etol sedang mengambil bacaan GPS pada salah satu piket. |
Krew-krew Unit Pembangunan Belia telah mengambil bacaan GPS di Taman Herba Nointus pada penghujung bulan November. Bacaan ini diambil berdasarkan setiap piket yang ditanam oleh krew-krew Jawatankuasa Penyukatan dan Pelotan JKKK Tampasak yang diadakan pada bulan Oktober dan November. Bacaan ini telah diplot dalam pelan bagi diusulkan kepada pihak JKKK Tampasak bagi mewarta keluarkan kawasan Taman Herba Nointus sebagai kawasan gazet untuk belia. Namun, pelan rasmi belum dikeluarkan kerana akan ada pertambahan piket sebelum pelan rasmi diplotkan.
No comments:
Post a Comment