Friday, April 27, 2012

PAPAN TANDA LARANGAN

Papan tanda baru..

Tanggal 27hb April 2012, pihak pengurusan Taman Herba Nointus telah memasang papan tanda larangan memancing di kawasan kolam Nointus. Terdapat 3 buah papan tanda berwarna kuning dipasang di tepi kolam. Pihak pengurusan masih menunggu lampu hijau daripada AJK Tagal Kg. Tampasak bagi mewartakan penagalan kolam Nointus ini.

Terdapat 13 jenis ikan yang terdapat di dalam kolam ini. Antaranya ialah ikan tilapia, turongou, sepat siam, comon-carp, tilapia merah, kalui, karuk, keli afrika, haruan, koi, lampam jawa, lumpis, dan pelian. Selain itu terdapat juga hidupan lain seperti kepah air tawar, labi-labi, kura-kura dan 'lindung (belut) di dalam kolam ini.

No comments:

Post a Comment