Krew TAYOC bersama rakan belia dari Kg. Kibunut, Penampang. |
Monday, December 15, 2014
AFLATEEN TOGUDON 2014
TAYOC telah menghantar 3 krew:- Cik Raynie, En. Flien & En. Allister untuk menyertai program AFLATEEN di Togudon Rest House pada 08 - 10hb Disember 2014. Turut menyertai mereka ialah seorang ahli Nompuri, En. Festeridoo Linus. Program yang menumpukan kepada pengurusan kewangan serta perbelanjaan ini banyak memberi manfaat kepada semua peserta program yang hadir. Program ini dianjurkan oleh PACOS Trust.
NOMPURI: BIBLE SHARING
Komiti TAYOC dan Tampasak Catholic Community (TCC) telah mengadakan sesi perkongsian alkitab atau 'bible-sharing' bagi kanak-kanak di Kg. Tampasak sempena cuti sekolah pada 10.12.2014 yang lepas. Sesi ini dikendalikan oleh En. Peter Dore dan Puan Kristi. Program bermula jam 0100 hingga 0430 petang ini diadakan di Tampasak Community Learning Centre (CLC).
En. Peter sedang membuat perkongsian. |
Antara kanak-kanak yang terlibat bersama Krew TAYOC. |
Pn. Kristi sedang membuat perkongsian. |
NEW CONFIRMANTS
TAYOC mengucapkan tahniah kepada 5 orang belia yang baru saja menerima Sakramen Penguatan pada 13.12.2014 yang lepas di gereja Katolik Sts. Peter & Paul, Babagon yang disempurnakan oleh Uskup John Wong.
En. Jayrieco Jubile, En. Anderson Nelson, En. Airon Alex, Cik Nelly Martin dan Cik Sharon Nelson.
En. Jayrieco Jubile, En. Anderson Nelson, En. Airon Alex, Cik Nelly Martin dan Cik Sharon Nelson.
L-R: Nelly, Anderson, Sharon, Airon dan Jayrieco. |
MESYUARAT TAMPASAK SPORT CENTRE (TSC)
Mesyuarat kedua bagi penganjuran Pertandingan Billiard TSC 2014 telah diadakan pada 15.11.2014. Mesyuarat dihadiri oleh Komiti AJK TSC sahaja membincangkan mengenai tarikh, masa, tempat dan peraturan serta persediaan ini diadakan di Tampasak Sport Centre pada jam 0700 malam. Mesyuarat dipengerusikan sendiri oleh En. Justine Toik, Pengerusi TSC.
GOTONG-ROYONG KG. TAMPASAK
Gotong-royong Kg. Tampasak telah diadakan pada 09.11.2014 (Ahad). Kerja merangkumi pembersihan parit-parit utama, memotong rumput di sepanjang bahu jalan perkampungan dan pembersihan kawasan padang.
GOTONG-ROYONG BERSAMA TAYOC-TIMFA
Pada 26hb Oktober 2014 yang lepas, TAYOC menghantar krew untuk membantu rakan-rakan TIMFA membersihkan Padang Bundu, Timpoluon. Krew TAYOC yang datang ialah En. Severinus Paming, En. Nayvelter Jinson, En. Leslie J., En. Roysten J. dan En. Cyril J. Kerja-kerja merangkumi menggantikan tiang gawang gol dan memasang net serta memotong rumput.
PEMBERSIHAN TAKUNGAN AIR LUHUBAN
Hujan lebat yang berterusan pada 23hb Oktober 2014 yang lepas telah menyebabkan paip utama dari empangan air Luhuban yang membekalkan air bersih ke Kg. Tampasak, Penampang tersumbat teruk akibat lumpur dan batu-batan yang hanyut. Krew TAYOC, En. Kenny Idris dan En. Padoming Jukin telah membuat kerja pembersihan di kawasan takungan. Syabas kepada mereka berdua.
En. Padoming sedang membersihakn empangan air Luhuban. |
Batu-batan, tanah dan lumpur memenuhi takungan menyebabkan paip utama tersumbat. |
Keadaan selepas kerja-kerja pembersihan. |
Thursday, September 18, 2014
GAMBAR TAYOC JUARA LIGA C5P 2014
MVP TAYOC, Jayrieco menerima medal pertama bersama TAYOC sambil diperhatikan rakan yang lain. |
Sahabat. TAYOC bersama TIMFA, rakan sepelatih setiap petang. |
Tunjang TAYOC: Kenny, Peter, Leslie & Melson. |
Gambar kenangan sejurus selepas mengetahui kedudukan sebagai juara kejohanan. |
Penerimaan trofi kejohanan yang disampaikan oleh JKKK Babagon, En. Dinis John. |
Juara Musim Pertama Liga C5P TIMFA 2014. |
Pemain muda berbakat, Kelly mendahului rakan sepasukan menerima medal kejuaraan. |
Leslie, memenangi title pertama sebagai pengurus pasukan TAYOC. |
Melson (Penjaring Terbanyak) Kenny (Pemain Terbaik) |
For more pictures, visit our Official Facebook Account, Kelab Belia Tampasak's album : CABARAN 5 PENJURU (FINAL DAY)
JUARA LIGA CABARAN 5 PENJURU MUSIM PERTAMA
Liga Cabaran 5 Penjuru Musim Pertama anjuran Belia Kg. Timpoluon telah melabuhkan saingan pada 14hb September 2014 yang lepas. TAYOC muncul juara pertama selepas mengutip 8 daripada 12 mata penuh. Pada hari terakhir tersebut, 4 pasukan yang berentap iaitu TIMFA, TAYOC, Notoruss United & Timpango Sugud FC menentukan kedudukan liga. Seawal jam 9.30 pagi, penyokong mula datang memeriahkan suasana hari terakhir liga ini.
Berikut merupakan profil kejohanan untuk pasukan TAYOC :
Pengurus : Leslie Justin
Pen. Pengurus : Sonny Toik
Kapten : Peter Goiris
Tim. Kapten : Kenny Idris
Senerai Pemain :
1. Rosyten Johny
2. Nayvelter Athur Jinson
3. Jayrieco Jubile
4. Dexter Julius
5. Jake Ukim
6. Kenny Idris
7. Cyril Palun
8. Jonius Toik
9. Peter Goiris
10. Kelly Gregory Maratim
11. Alik Galik
12. Melson Agustin
13. Mitchell Banus
14. Sonny Toik
15. Severinus Paming
Penjaring :
Melson Agustin - 10 gol
Peter Goiris - 6 gol
Kenny Idris - 1 gol
Mitchell Banus - 1 gol
Jayrieco Jubile - 1 gol
Keputusan Perlawanan :
TAYOC v Notoruss United : 4-4
TAYOC v Babagon AT : 6-2
TAYOC v Timpango Sugud FC : 4-4
TAYOC v TIMFA : 4-2
Statistik : 2 Menang, 2 Seri (8 mata)
Kedudukan akhir : Juara Kejohanan
Jaringan : 19 gol
Bolos : 12 gol
Kad Kuning : 2 ( Kenny & Dexter)
Pemain Terbaik Kejohanan : Kenny Idris
Penjaring Terbanyak : Melson Agustin
TAYOC's Most Valuable Player: Jayrieco Jubile
TAYOC's Most Promising Talent : Kelly Gregory
Syabas kepada semua krew pengurusan, penyokong pasukan dan penaja-penaja pasukan. Tahniah juga kepada pihak penganjur, TIMFA yang mana ini merupakan anjuran pertama mereka sejak tahun 2000. Musim kedua dijangka bermula pada awal Januari 2015 dimana Timpango Sugud akan menjadi penganjur.
TAYOC sebelum sepak mula perlawanan terakhir. |

Thursday, August 14, 2014
KOLABORASI DENGAN RALEIGH SABAH SOCIETY
Raleigh Sabah Society (RSS) telah memilih Kg. Tampasak sebagai tempat outing mereka bagi bulan Ogos 2014. Seramai 6 orang belia termasuk seorang warga eropah dari Negara Lithuania telah meluangkan masa dengan kerja-kerja komuniti. Pada awalnya, seramai 20 orang belia RSS dijangka tiba namun atas sebab tertentu yang mendesak maka hanya 6 orang belia yang dapat menyertai lawatan ini.
Antara aktiviti yang diadakan ialah mengutip sampah, membaiki dan memasang pagar di Nurseri Tampasak, jungle-trekking, menanam anak pokok di Pulau Bank Pokok di Empangan Babagon, membina tempat barbeque di Dalampai dan Piasau serta menyimen lantai pondok tagal Kg. Tampasak.
Bagi pihak komuniti dan warga Kg. Tampasak, kami ingin mengucapkan setinggi penghargaan buat RSS dengan kolaborasi selama 2 hari 1 malam di Kg. Tampasak.
Tarikh : 09-10hb Ogos 2014
Tempat: Empangan Babagon, Penampang.
KIAMBALANG TOURNAMENT 2014
NOMPURI FUTSAL CHALLENGE 2014
Johan |
Naib Johan |
Tempat ke-3 |
Taklimat oleh AJK TAYOC. |
Ketua AJK Sukan Ka'amatan, Leslie Justin sedang memberi taklimat ringkas. |
FRIENDLY MATCH TAYOC - TUDAN FC
Pemain daripada kedua-dua pasukan bergambar bersama. |
TAYOC vs Tudan FC
Date : 21st June 2014
Place : SK Babagon Field, Penampang.
Time : 10.00am
Results : TAYOC won 5 - 1
TAYOC's line up: Sonny Toik, Mitchell Banus, Leslie Justin, Roysten Johny, Peter Goiris, Kenny Idris, Melson Agustin, Jayrol Jubile, Boinis Gintan, Padoming Jukin, Cyril Palun.
Wednesday, June 11, 2014
TIADA ACARA TRADISI
Tahun 2014, Kg. Tampasak tidak menyenaraikan Sukan Tradisi dalam aktiviti sukan disebabkan kekangan masa dan faktor cuaca buruk sepanjang bulan Mei. Selain itu, tiada pertandingan Sugandoi dan Unduk Ngadau dalam aturcara sambutan Ka'amatan di Tampasak.
Namun, di peringkat Zon Pertanian, TAYOC telah memberi kerjasama dengan menghantar wakil ke Sukan Tradisi di Kibunut. Selain itu, Cik Adeline Maratim dan Cik Suzie Jukin juga mewakili Tampasak ke pertandingan Unduk Ngadau peringkat Zon Pertanian manakala En. Roysten Johny, mantan pengerusi TAYOC bersaing dalam pertandingan Sugandoi pada sambutan peringkat Zon Pertanian.
JKKK Tampasak melalui TAYOC juga menghantar wakil ke acara Unduk Ngadau di Kg. Babagon dan Kg. Kolosunan.
Gambar akan diupload di Facebook: Kelab Belia Tampasak

PERAYAAN TADAU KAAMATAN KAMPUNG TAMPASAK 2014
Sambutan Tadau Ka'amatan di Kg. Tampasak pada tahun ini dilakukan secara sederhana namun tetap meriah. Tiada pertandingan Sukan Tradisi, tiada Unduk Ngadau, tiada Tanak Topiodo atau Sugandoi namun apa yang paling penting warisan 'moginakan' bersama harus diteruskan disamping menerap nilai-nilai kebudayaan di kalangan anak muda.
Perayaan bertemakan Persahabatan Asas Perpaduan ini dirasmikan oleh Pengerusi BN Penampang, YB. Datuk Donald P. Mojuntin, turut dihadiri oleh Pemaju Mukim, En. Carl Moosom. Datuk Donald turut menyeru semua komuniti agar tidak mempolitikkan perayaan tradisi ini.
Persembahan koir TAYOC membuka acara pentas, diikuti persembahan daripada Nompuri:- Sumazau & Magagung, dan Monogunggak. Buat julung kalinya, TAYOC mempersembahkan tarian kotemporari etnik yang menarik perhatian ramai. Tarian ini menceritakan secara ringkas mengenai kehidupan petani pada masa dahulu yang menanam padi sehinggalah Pesta Menuai.
Bagi TAYOC, sepertimana tahun-tahun sebelumnya, Peraduan Teka Betik bukan saja dapat menjana pendapatan belia malah telah membantu menyemarakkan suasana selain aktiviti yang disediakan pihak penganjur seperti tiket bertuah dan aktiviti belia suara.
Secara keseluruhannya, sambutan ini telah dijangka berlangsung hambar setelah banyak program dikurangkan, tambahan pula terdapat 3 sambutan perayaan yang sama di kampung Babagon, Mangkatadan dan Madsiang. Namun, peranan belia-belia telah berjaya menyemarakkan suasana pesta seperti tahun-tahun sudah.
Tahniah dan syabas kepada pihak AJK Penganjur dan Crew-crew TAYOC & Nompuri yang terlibat. Kalau bukan kita siapa lagikan...
Gambar akan diupload di Facebook: Kelab Belia Tampasak.
NOMPURIAN dengan coach cum manager mereka. |

Wednesday, March 5, 2014
RAFTING
Tatkala banyak anak muda sedang sibuk merayakan sambutan tahun baru 2014 lepas dengan sesi aramai tie, 5 orang belia dari Kg. Tampasak memilih untuk menyambut tahun baru pada 01.01.2014 dengan aktiviti lasak iaitu White Water River Rafting di Kiulu. Syabas kepada Jayrieco, Jayrol, Cyril, Leslie dan Severinus yang berjaya menamatkan sesi rafting di Sg. Kiulu sepanjang 16Km.
More pictures on our official Facebook: KELAB BELIA TAMPASAK...
Subscribe to:
Posts (Atom)