Raleigh Sabah Society (RSS) telah memilih Kg. Tampasak sebagai tempat outing mereka bagi bulan Ogos 2014. Seramai 6 orang belia termasuk seorang warga eropah dari Negara Lithuania telah meluangkan masa dengan kerja-kerja komuniti. Pada awalnya, seramai 20 orang belia RSS dijangka tiba namun atas sebab tertentu yang mendesak maka hanya 6 orang belia yang dapat menyertai lawatan ini.
Antara aktiviti yang diadakan ialah mengutip sampah, membaiki dan memasang pagar di Nurseri Tampasak, jungle-trekking, menanam anak pokok di Pulau Bank Pokok di Empangan Babagon, membina tempat barbeque di Dalampai dan Piasau serta menyimen lantai pondok tagal Kg. Tampasak.
Bagi pihak komuniti dan warga Kg. Tampasak, kami ingin mengucapkan setinggi penghargaan buat RSS dengan kolaborasi selama 2 hari 1 malam di Kg. Tampasak.
Tarikh : 09-10hb Ogos 2014
Tempat: Empangan Babagon, Penampang.
Memang sangat2 menyeronokan walaupun cuma berenam..semua xtvt berjaya dilaksanakan...tq kelab Belia Tampasak dan juga penduduk kampung atas kesudian menerima kedatangan kami...
ReplyDeleteThanks sebab pilih dan sudi datang di Tampasak. We're looking for next collaboration... ;)
Delete