Wednesday, June 11, 2014

PERAYAAN TADAU KAAMATAN KAMPUNG TAMPASAK 2014


NOMPURIAN dengan coach cum manager mereka.
Sambutan Tadau Ka'amatan di Kg. Tampasak pada tahun ini dilakukan secara sederhana namun tetap meriah. Tiada pertandingan Sukan Tradisi, tiada Unduk Ngadau, tiada Tanak Topiodo atau Sugandoi namun apa yang paling penting warisan 'moginakan' bersama harus diteruskan disamping menerap nilai-nilai kebudayaan di kalangan anak muda.

Perayaan bertemakan Persahabatan Asas Perpaduan ini dirasmikan oleh Pengerusi BN Penampang, YB. Datuk Donald P. Mojuntin, turut dihadiri oleh Pemaju Mukim, En. Carl Moosom. Datuk Donald turut menyeru semua komuniti agar tidak mempolitikkan perayaan tradisi ini.

Persembahan koir TAYOC membuka acara pentas, diikuti persembahan daripada Nompuri:- Sumazau & Magagung, dan Monogunggak. Buat julung kalinya, TAYOC mempersembahkan tarian kotemporari etnik yang menarik perhatian ramai. Tarian ini menceritakan secara ringkas mengenai kehidupan petani pada masa dahulu yang menanam padi sehinggalah Pesta Menuai.

Bagi TAYOC, sepertimana tahun-tahun sebelumnya, Peraduan Teka Betik bukan saja dapat menjana pendapatan belia malah telah membantu menyemarakkan suasana selain aktiviti yang disediakan pihak penganjur seperti tiket bertuah dan aktiviti belia suara.

Secara keseluruhannya, sambutan ini telah dijangka berlangsung hambar setelah banyak program dikurangkan, tambahan pula terdapat 3 sambutan perayaan yang sama di kampung Babagon, Mangkatadan dan Madsiang. Namun, peranan belia-belia telah berjaya menyemarakkan suasana pesta seperti tahun-tahun sudah.

Tahniah dan syabas kepada pihak AJK Penganjur dan Crew-crew TAYOC & Nompuri yang terlibat. Kalau bukan kita siapa lagikan...

Gambar akan diupload di Facebook: Kelab Belia Tampasak.

No comments:

Post a Comment