Sunday, December 5, 2010

GIVE NOINTUS ANOTHER BREATH


Program 'Give Nointus Another Breath' akan bermula dari bulan Disember 2010 dan berakhir pada bulan January 2011. Program ini merupakan kesinambungan kepada program 'Save River Nointus' yang dijalankan pada bulan January 2010 - Mac 2010.

Dalam program ini, beberapa kerja-kerja akan dilaksanakan antaranya ialah membaik pulih tangga Kintup, membaiki tebing anak sungai Nointus, penanaman semula herba dan pelbagai lagi.

Program ini diadakan setiap masa mengikut kemampuan belia. Tiada had atau masa khas diperuntukkan untuk program ini kerana ianya berkonsepkan on-going programme.

Thursday, December 2, 2010

TAHNIAH !!!


BAGI PIHAK BELIA TAMPASAK, TAYOC MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PASANGAN MICKLEY BANUS & JONIUS TOIK YANG TELAH MELANGSUNGKAN PERKAWINAN PADA 20HB NOVEMBER 2010. MAJLIS PERSANDINGAN DIADAKAN DI PENTAS TERBUKA, TADIKA RIA KG. TAMPASAK SELEPAS MISA KUDUS DI GEREJA ST. MICHAEL, PENAMPANG. SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT...

Thursday, November 25, 2010

NEW INFO


INFO TERBARU TAYOC:

Address : Kg. Tampasak, P.O. Box 1107, 89507 Penampang, Sabah.
e-mel : tampasakbelia@yahoo.com
Facebook account : Tayoc Belia Tampasak
Fan page : TAMPASAK YOUTH CLUB
Contact person: Roysten Johnny (0168128577)

GOTONG-ROYONG KG. TAMPASAK

TARIKH : 05HB NOVEMBER 2010
TEMPAT : KG. TAMPASAK FASA 1 DAN FASA 2
MASA : 8.00 PAGI HINGGA SELESAI

AKTIVITI :

  1. Membaiki saliran parit.
  2. Memotong rumput di tepi jalan Fasa 1 dan Fasa 2.
  3. Memotong rumput di kawasan padang dan gelanggang futsal.
  4. Membersihkan parit-parit,
  5. Membersihkan kawasan bangunan tadika.

GOTONG -ROYONG TAYOC


TARIKH: 31HB OKTOBER 2010
TEMPAT: PADANG KOMUNITI KG. TAMPASAK
MASA: 7.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

AKTIVITI YANG DIJALANKAN :

1. Memotong rumput di padang bola.
2. Membaiki jaring gol futsal.
3. Membersihkan kawasan TAYOC's Centre (bekas bangunan tadika)
4. Membersihkan parit di tepi padang.
5. Membersihkan TAYOC's Centre.
6. Membuat saliran parit di padang.

Person In-charge:
En. Leslie Justin & En. Kenny Idris, Unit Pembangunan Belia.

Wednesday, November 24, 2010

BULAN DISEMBER MENDATANG

Bulan Disember 2010 akan menjelang tiba. Krew-krew dari Unit Pembangunan Belia TAYOC sibuk mengatur masa untuk aktiviti para belia Kg. Tampasak. Diharap agar semua belia dan krew-krew TAYOC bersedia untuk menghadapi cabaran bulan Disember 2010 ini. Namun, satu persoalan yang masih belum terjawab, ADAKAH XPDC LAGENDA AKAN DIADAKAN BUAT KALI KE-4? sama-sama kita tunggu keputusannya.

Wednesday, October 20, 2010

FUTSAL 1 BELIA 1 MALAYSIA

TAYOC telah menghantar 2 pasukan untuk kategori wanita dan lelaki bagi Kejohanan Futsal 1 Belia 1 Malaysia di Penampang Futsal Centre. Dalam kategori lelaki, TAYOC mendapat tempat kedua dalam peringkat kumpulan setelah mengutip 6 mata selepas tewas 3-2 kepada NAFA Nambazan, menang 4-2 keatas Mahandoi FC dan 2-0 keatas Nosoob FC. Namun, tersingkir di Round 16 setelah tewas 4-3 kepada Tuavon Gaijin. Dalam kategori wanita, TAYOC tersingkir di suku akhir apabila tewas 1-0 kepada Nosoob FC. Tahniah kepada pasukan TAYOC yang bersungguh-sungguh dalam kejohanan ini.

Friday, August 6, 2010

KEM BELIA ORANG ASAL PERINGKAT NEGERI SABAH 2010


TAYOC menghantar 2 wakil iaitu Roysten Johny dan Kelly Gregory ke kem belia yang berlangsung di Sub Stesen Taman-taman Sabah, Banjaran Crocker. Kem Belia Orang Asal Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 30hb Julai hingga 01hb Ogos ini bertemakan Tanah & Hutan Untuk Generasi Akan Datang. Kem ini dirasmikan oleh En. Anthonius Tompisal, Pegawai Kementerian Belia & Sukan Negeri Sabah.

KEEPING ME SAFE


TAYOC telah menghantar 6 orang belia iaitu Airon Alex, Roysten Johny, Jayrol Jubile, Dison Jovinus, Kelly Gregory dan Recyno Judin ke program Keeping Me Safe di Dewan Sts. Peter & Paul, Babagon. Program anjuran KBP Zon 1 Babagon ini mendapat sokongan Pusat Belia Kota Kinabalu berlangsung selama 3 hari 2 malam dari 23-25hb Julai 2010. Seramai 42 orang belia berumur dari 13-18 tahun menjayakan program ini. Kempen ini ditutup oleh mantan pengerusi Pastoral Zon 1 Babagon. Semoga semua yang menyertai program ini mendapat sesuatu dari program ini.

Wednesday, July 21, 2010

KEM BELIA ORANG ASAL


TARIKH : 30HB JULAI - 01HB OGOS 2010
TEMPAT: SUB STESEN BANJARAN CROCKER, INOBONG
, PENAMPANG, SABAH.

Thursday, July 1, 2010

SAVE NOINTUS RIVER PROJECT!!

SAVE NOINTUS RIVER PROJECT bermula sejak bulan Mac 2010. Namun, disebabkan komitmen dengan penganjuran Pesta Ka'amatan peringkat Zon Pertanian, TAYOC memberhentikan sementara projek ini sejak awal bulan April. Kini keadaan di Taman Herba Nointus dan sungai Nointus dalam keadaan kurang baik. Selain masa yang padat, kumpulan dibawah TAYOC, Str3t Mundky Crews mengalami kekurangan sukarelawan untuk menjalankan projek ini. Ini disebabkan ramai belia sudah berhijrah ke luar samada tinggal bersama keluarga baru atau bekerja. Namun, penyelaras projek ini, Leslie Justin menyatakan projek ini akan diteruskan semula pada pertengahan bulan Julai. Ketua projek, Roysten Johny akan mengusulkan pelan baru untuk tindakan selanjutnya.

Tuesday, May 25, 2010

PERTEMUAN BUDAYA KE-17

Edisi ke-17 Pertemuan Budaya Peringkat Negeri Sabah akan diadakan pada 03hb - 06hb Jun 2010. Lokasi kali ini ialah Kg. Buayan, Penampang. Sebelum ini, semasa Pertemuan Budaya Ke-16 di Kg. Alutok, Ulu Tomani, Tenom pada tahun 2009, daerah Sukau menjadi pilihan. Namun terdapat beberapa masalah teknikal maka Ulu Papar menjadi pilihan. Opsyen ini jelas bagi tepat pada masanya kerana kawasan Ulu Papar sedang dalam dilema dengan pembinaan empangan. Ini merupakan peluang masyarakat luar untuk sama-sama berjuang dengan masyarakat Buayan dan kawasan sekitar yang dilanda masalah. Kg. Buayan terkenal dengan Laluan Garam yang bermula dari Stesen Banjaran Crocker di Inobong. Berdasarkan pengalaman saya ke Buayan sebelum ini, tempat ini memang best apalagi datang beramai-ramai sebagai satu label, ORANG ASAL!! Jadi, sama-sama kita semarakkan perjuangan ORANG ASAL!! PERTEMUAN BUDAYA KE-17 DI KG. BUAYAN...

Monday, May 24, 2010

TADAU KA'AMATAN ZON PERTANIAN


Perayaan Tadau Ka'amatan Zon Pertanian 2010 telah pun berlangsung pada 08hb Mei yang lalu di Pentas Terbuka Kg. Tampasak. Hujan lebat yang turun seawal jam 11 pagi gagal menghalang kebanjiran orang ramai memenuhkan kawasan perayaan biarpun terpaksa bersesak-sesak dan berhimpit-himpit. Sebaik hujan berhenti, pusingan pertama Unduk Ngadau dijalankan, keadaan menjadi riuh dan bingit bagaikan menonton perlawanan bolasepak. 17 calon sumandak dari 8 JKKK Zon Pertanian berentap untuk menjadi sumandak pertama bergelar Unduk Ngadau Zon Pertanian Moyog. Tuah milik Elsie Gidai dari JKKK Babagon bila dimahkotakan Unduk Ngadau Zon Pertanian Moyog yang pertama. Tempat kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik wakil JKKK Kibunut dan JKKK Kipouvo. Tempat keempat dan kelima menjadi milik wakil JKKK Tampasak dan JKKK Togudon. Hari kemuncak juga menyaksikan mini fun-fair milik Alex Goudi menjadi tumpuan sejak tengah hari hingga tengah malam. Cabutan tiket bertuah juga menarik perhatian malam kemuncak disamping persembahan daripada juara sugandoi, Pn. Lea dan naib juara, Cik Ovie. Apa yang pasti, sambutan Tadau Ka'amatan Zon Pertanian berjalan lancar biarpun beberapa insiden terpencil berlaku. Tahniah kepada skuad RELA yang berjaya mengawal keseluruhan perjalanan perayaan ini. Tahun depan, kita akan balik semula ke Kg. Togudon, dimana JKKK Togudon menjadi tuan rumah ke-11 setelah cabutan undi yang dilakukan oleh YAB Tan Sri Benard Dompok.

Monday, May 3, 2010

PROGRAM KEMASYARAKATAN DAERAH PENAMPANG 2010


Program ini dianjurkan bersama oleh JKK Kg. Tampasak, Tampasak Youth Club dan Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah pada 17hb April 2010 bertempat di padang Kg. Tampasak. Seramai 60 orang belia dari Kg. Minintod, Kg. Tompirason, Kg. Kipouvo dan Kg. Tampasak datang menjayakan program yang dirasmikan oleh Pengerusi PKR, En. Bryan Matasing. Turut serta dalam program ini ialah En. Daniel Matayun (PBiP Penampang), En. Adrian Siponong (Persatuan Wawasan Belia Penampang) dan beberapa wakil pegawai dari Jabatan Perikanan yang diketuai oleh En. Tony Anus serta pegawai dari KBS Negeri Sabah, En. Anthonius Tompisal.

Aktiviti ini merangkumi membersihkan parit, mengutip sampah, membersihkan padang, memotong rumput dan menyiapkan pentas utama Perayaan Tadau Ka'amatan Zon Pertanian. Selain itu, para belia juga bekerjasama mengambil bambu dan membina pondok 8 JKKK dari seluruh Zon Pertanian. Namun, pihak penganjur terkilan kerana tiada wakil belia dari JKKK Madsiang, JKKK Babagon, JKKK Notoruss, JKKK Kibunut, JKKK Moyog dan JKKK Togudon. Namun begitu, kehadiran rakan-rakan belia dari JKKK Kipouvo dan rakan dari Zon Minintod membantu belia tuan rumah dalam menjayakan aktiviti. Para belia sempat menikmati permainan futsal di Kg. Tampasak.

Sunday, May 2, 2010

WISHED YOU....

KOTOBIAN DO TADAU KOKOTUAN KUMAA TOINSANAN TOMPINAI OM TAMBALUT OM NOGI IE MANANDAK RAMAI KA'AMATAN.....

MANTAD DAHAI :

PAGANAKAN KOMULAKAN TAMPASAK
OM
KOMU
LAKAN WATAS MOYOG

PAGALAPAN RAMAI KA'AMATAN ZON PERTANIAN

Kumaa toinsanan tobpinai id nombo nopo poingiyon, magalap yahai, Komulakan Tampasak om Watas Moyog moi pangaramai do ramai ka'amatan hilo id Kg. Tampasak, Penampang do koontok 08hb Mei 2010 ie kotimpuun do jam 12 doungadau. Kapanandakan ramai Ka'amatan Zon Pertanian 2010 Gabungan 8 JKKK nopo diti mangan rosmio di YAB Tan Sri Benard Giluk Dompok. Rikot kou no mongoi pangaramai.....haro do piboian Unduk Ngadau, tikit kinasip om mini fun-fair...

KEPUTUSAN PERTANDINGAN MAGAGUNG DAN SUMAZAU ZON PERTANIAN 2010

Tarikh : 02hb Mei 2010
Masa : 03.00 p.m
Tempat : Pentas terbuka Kg. Tampasak

Sumazau Kanak-kanak :
1. JKKK Madsiang
2. JKKK Madsiang
3. JKKK Kipouvo

Sumazau Dewasa :
1. JKKK Babagon
2. JKKK Madsiang
3. JKKK Moyog

Acara Magagung:
1. JKKK Madsiang (Juara bertahan sejak 2005)
2. JKKK Kipouvo
3. JKKK Tampasak

KEPUTUSAN SUGANDOI ZON PERTANIAN 2010

Tarikh : 02hb Mei, 2010
Masa: 6.oo petang
Tempat : Pentas terbuka Kg. Tampasak
Dirasmikan oleh : YBhg. Datuk Philip Lasimbang
Juri : En. Christopher Mojungkim, En. Julius Gudok, Pn. Martha Ginun
Pengacara : En. Philip Pius & En. Alex Gosinggul

Kategori Veteran :
1. En. William Jouti (JKKK Babagon)
2.Pn. Sokinim Gueh (JKKK Tampasak)
3. En. Poulus John (JKKK Tampasak)

Kategori Terbuka :
1. Pn. Lea (JKKK Tampasak)
2. Cik Mildred Ovie Jamili (JKKK Babagon)
3. En. Charlie (JKKK Tampasak)

KEPUTUSAN RASMI KESELURUHAN SUKAN ZON PERTANIAN 2010

Tarikh : Kejohanan sukan dijalankan sepanjang bulan April 2010
Tempat : Kedai Billiard Babagon, Pentas Tagal Babagon, Padang Kg. Tampasak, dan Gelanggang Rakyat Kg. Tampasak.

BOLA TAMPAR
1. JKKK Tampasak
2. JKKK Moyog
3. JKKK Tampasak

FUTSAL
1. JKKK Tampasak
2. JKKK Togudon
3. JKKK Kibunut

BILLIARD
1. JKKK Notoruss
2. JKKK Tampasak
3. JKKK Tampasak

CARROM
1. JKKK Tampasak
2. JKKK Tampasak
3. JKKK Babagon


Italic

KEPUTUSAN SUKAN TRADISI ZON PERTANIAN

Tarikh : 25hb Mei 2010
Tempat : Padang Kg. Tampasak, Penampang.

Acara 'monopuk' :
1. JKKK Tampasak
2. JKKK Kibunut
3. JKKK Moyog

Acara 'momolositik' :
1. JKKK Tampasak
2. JKKK Notoruss
3. JKKK Kibunut

Acara 'mongundalo':
1. JKKK Tampasak
2. JKKK Tampasak
3. JKKK Kibunut

Acara boling kelapa:
1. JKKK Madsiang
2. JKKK Notoruss
3. JKKK Babagon

Acara larian 4M:
1. JKKK Notoruss
2. JKKK Babagon
3. JKKK Moyog

Acara 'mipulos' L:
1. JKKK Tampasak
2. JKKK Moyog
3. JKKK Notoruss

Acara 'mipulos' P:
1. JKKK Tampasak
2. JKKK Madsiang
3. JKKK Moyog

Acara lontar peluru L:
1. JKKK Notoruss
2. JKKK Madsiang
3. JKKK Notoruss

Acara lontar peluru P:
1. JKKK Moyog
2. JKKK Moyog
3. JKKK Babagon

Friday, April 30, 2010

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR

Kejohanan bola tampar udah pun tamat. Keputusannya:

1. TAYOC (JKKK Tampasak)
2. MOYOG UTD (JKKK Moyog)
3. STR3T MUNDKY (JKKK Tampasak)

......Yang penting sukan ne berjalan lancaR...

KEPUTUSAN FUTSAL ZON PERTANIAN 2010

Kejohanan Futsal Zon Pertanian 2010 sudah pun tamat. Keputusannya ialah :

Johan : Tambaig FC ( JKKK Tampasak)
N. Johan: Nountun FC ( JKKK Togudon)
Ketiga : Kibunut Jr (JKKK Kibunut)

4 pasukan terbaik :

1. Tampasak FC (JKKK Tanpasak)
2. Madsiang JR (JKKK Madsiang)
3. Moyog United (JKKK Moyog)
4. Babagon East United (JKKK Babagon)

Tahniah kepada semua peserta...

Thursday, April 15, 2010

TAYOC U-17 MEMBUAT DEBUT

Tampasak Youth Club (TAYOC) Under-17 telah membuat kemunculan pertama dalam arena sukan Zon Pertanian apabila menyertai Kejohanan Futsal Zon Pertanian. Pasukan kendalian Roysten Johny, pengerusi TAYOC, ini diundi dalam Kumpulan C dengan pasukan elit Zon Pertanian seperti Mongkusilad United, Kibunut Junior FC, Timpoluon FC dan senior mereka, Tampasak Junior FC.

Pasukan ini terdiri daripada Jayrol Jubile(15), Jayricho Jubile(14), Recyno Judin(15), Cyril Judin(14), Airon Alex(16), Kelly Gregory(16) dan Jayson Jubile(17), selaku kapten mereka. Secara keseluruhan, pasukan ini dihantar oleh TAYOC bukan untuk menang tetapi sebagai pendedahan. Namun, daripada 21 pasukan yang bertanding, TAYOC U-17 mendapat sorakan yang paling meriah dan paling kuat. Pasukan ini juga hampir mengaibkan Kibunut Junior FC dan Mongkusilad United dalam debut mereka. Tahniah kepada semua pemain ini yang mempamerkan semangat juang yang tinggi. Biar kalah yang penting kalah bermaruah.

WHAT'S ON??

Ne jadual untuk TAYOC sepanjang bulan April-Mei 2010:

03hb - 18hb April- Pertandingan Snooker Zon Pertanian
11hb - 18hb April- Kejohanan Futsal Zon Pertanian
18hb April- Pertandingan Bola Tampar Zon Pertanian
18hb April- Gotong-royong Zon Pertanian di Kg. Tampasak
25hb April- Kejohanan Sukan Tradisi Zon Pertanian
02hb Mei- Pertandingan Magagung Zon Pertanian
02hb Mei- Pertandingan Sumazau
02hb Mei- Sugandoi Zon Pertanian
08hb Mei- Kemuncak Tadau Ka'amatan Zon Pertanian 2010

KEJOHANAN FUTSAL ZON PERTANIAN 2010

Kejohanan Futsal yang pertama di Zon Pertanian telah diadakan pada 08hb April 2010 di Tampasak Futsal Centre. Pemimpin Kemajuan Rakyat, En. Bryan Matasing telah merasmikan kejohanan ini sekaligus merasmikan gelanggang futsal yang pertama di Zon Pertanian. Kejohanan Futsal Zon Pertanian kali pertama sempena Perayaan Tadau Ka'amatan ini disertai sebanyak 21 pasukan dari 8 buah JKKK dan 11 buah kampung di kawasan Ulu Moyog.

JADUAL FUTSAL UNTUK 18HB APRIL 2010

9.30 - Babagon Badminton Club VS Moyog United
9.40- Pogol United VS Kipouvo United
9.50- Tambaig FC VS Notoruss Veteran
10.00- Nountun FC VS Kpouvo FC
10.10- Rumangi FC VS Babagon East United
10.20- Babagon Badminton Club VS Tambaig FC
10.30- Thandil FC VS Kipouvo City
10.40- Tampasak FC VS Rumangi FC
10.50- Rugading United VS Notoruss Veteran
11.00- TAYOC U-17 VS Tampasak Junior
11.10- Kipouvo City VS Nountun FC
11.20- Notoruss Veteran VS Babagon Badminton Club
11.30- Rugading United VS Korobuntung FC - bye
11.40- Mongkusilad United VS Timpoluon FC - bye
11.50- Timpoluon FC VS Kibunut Junior - bye
12.oo- REHAT
2.oo - Quarter Final, Semi Final dan Final bermula...

Saturday, March 27, 2010

STR3TMUNDKY- TRUS MADI....

L~R: Gaddy, Giller & KeyCob at Trus Madi summit...

Pada 14-16hb Februari 2010, 2 krew Str3tmundky iaitu Giller dan Gaddy serta rakan TaYoC, KeyCorb telah menawan puncak gunung kedua tertinggi di Malaysia, Trus Madi di Tambunan. Selain itu, turut bersama dalam XPDC Trus Madi ialah 28 orang belia dari Kg. Babagon, Kg. Notorus dan Kg. Kiawayan. Tahniah kepada semua yang terlibat...

STR3TMUNDKY- NOINTUS MY 2ND HOME PROJECT PHASE 1

Str3tmundky Crew telah mengadakan kempen menyelamatkan anak sungai Nointus. Fasa pertama bermula dengan kerja-kerja pembersihan Taman Herba Nointus. Selain itu, fasa ini merangkumi kerja-kerja membaik pulih lorong-lorong sedia ada di Taman Herba Nointus. Kerja-kerja menanam pokok-pokok ubatan dan herba tradisional juga telah dilakukan.

Sebagai permulaan, krew menjadikan Taman Herba Nointus sebagai lokasi utama kerana ia merupakan projek belia yang terbengkalai sekian lama. Antara krew yang menjayakan fasa pertama ini ialah C'Mondz, Keano, Giller, Romane, KeyBond, Goyukz, Yonoe dan Kalung.

Fasa kedua akan menyusul selepas kerja-kerja fasa pertama selesai. Semua kerja-kerja ini dilakukan secara sukarela oleh belia Kg. Tampasak.

Wednesday, March 10, 2010

BUKA TAGAL 2010 ON 06/03/2010

antara hasil tagal Kg. Tampasak....

Pada 06hb Mac 2010 yang lepas, AJK Tagal Kg. Tampasak telah mengadakan pembukaan ‘tagal’ di kawasan bombon yang terletak di Hulu Empangan Babagon. Hampir 70 orang ahli tagal datang untuk menangkap ikan. Secara keseluruhannya, jumlah berat ikan yang berjaya ditangkap ialah 109kg. Namun hanya 85kg yang dibahagikan dengan ahli yang lain, sementara bakinya dimasak untuk dijadikan santapan semasa makan tengahari. Acara ini hanya berlangsung selama 2 hari 1 malam sahaja.

Friday, February 12, 2010

GELANGGANG BOLA TAMPAR


Disebabkan gelanggang futsal ditutup untuk pembaikan, dan keadaan padang bola yang belum sempurna, akhirnya krew-krew TaYoC yang dipimpin oleh Jayrol Jubile @ Malung telah bergotong-royong membuat gelanggang bola tampar di sudut kanan padang bola Kg. Tampasak.

Antara krew yang datang membantu ialah Oyow, Alfon, Gaddy, Ken, Roman, Nu-Libo, Gillie, Nani, Gandarut, C'Rol, Rosino, dan Itoman. Gelanggang yang mengikut standard lelaki 18 tahun ini siap dibina dalam masa 30 minit. Terima kasih kepada semua yang datang membantu... by: Malung 25'Str3tMundky.

STR3T MUNDKY ON DANTAI TREKING (19/01/2010)...

Roman tengah mark lorong, takut tersesat...

Gillie tengah try air dari wakau kayu....

Aritu member-member Str3t Mundky : Roman, Nu-Libo, Keane & Gillie telah mengadakan Dantai Treking. Sebenarnya, aktiviti ne tiada tujuan utama pun. Ianya diadakan untuk sekadar suka-suka jak. Cara aktiviti ini dilakukan ialah masuk ke kawasan hutan di Dantai, Tampasak yang belum ada jejak untuk merasai cabaran dalam hutan. Dengan hanya berbekalkan parang, makanan ringan serta penanda jalan, krew SM ne mula meredah masuk hutan bermula dari Kapur, Babagon menuju ke Puncak Dantai dan turun semula ke Dantai Selatan (Dousip's land). Dalam aktiviti ne, macam-macam benda dan perkara lucu berlaku. Walauapapun berlaku, aktiviti ini cukup best dan harap-harap akan ada lagi aktiviti SM under seliaan TaYoC ne....by: T'toll 03'Str3tMundky.

Saturday, January 16, 2010

PROJEK TERBENGKALAI

Pada awal pembinaan gelanggang futsal di Kg. Tampasak, para belia begitu teruja dengan perkembangan tersebut. Kontraktor yang mendapat tender menjanjikan 3 minggu untuk gelanggang ini siap sepenuhnya. Namun, kini selepas 7 bulan, gelanggang yang separuh siap ini tidak memberi sebarang kemajuan. Para belia semakin bosan dengan alasan kontraktor yang mengatakan bahan-bahan pembinaan lambat sampai. Alasan yang sukar diterima kerana Sabah sekarang pesat membangun. Di Penampang sahaja sudah banyak 'hardware' yang dibina seperti Kesigui Hardware, Dat Hong Hardware, Gunung Kinabalu Hardware dan beberapa lagi premis di sekitar bandar Penampang. Maka, alasan ini tidak boleh diguna pakai lagi. Sudah sampai masanya bagi belia Tampasak memberontak setelah acap kali dijanjikan dengan kata-kata manis. Siapakah yang harus bertanggungjawab dalam hal ini?

KEPUTUSAN PEMILIHAN KOMITI KBP ZON 1 BABAGON

Keputusan undian bagi 12 orang yang akan membawa cabaran kepimpinan KBP Zon 1 Babagon bagi sesi 2010/2011 ialah :

1. Clarice Sampil (P/22)- Madsiang
2. Melly Lingkuman (P/20)- Madsiang
3. Roriano Engkim (L/19)- Madsiang
4. Jinol Disius (L/28)- Timpoluon
5. Sonny Ryan (L/22)- Timpoluon
6. Leslie Justin (L/23)- Tampasak
7. Aleviana Gidius (P/24)- Babagon
8. Raychael Kuanching (P/20)- Babagon
9. Nestor Gupok (L/18)- Babagon
10. Baxter Collin (L/22)- Notoruss
11. Helena Sungkit (L/20)- Rugading
12. Donna Peter (L/18)- Kibunut

Tahniah kepada 12 orang ini yang bakal membentuk Komiti KBP Zon 1 Babagon bagi sesi 2010/2011 ini. Semoga Tuhan memberkati setiap peribadi mereka.

Saturday, January 9, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO YOU...

Happy Birthday to January's Birthdays Girls & Boys...

1. Leslie Justin (05.01.1987)(23 years)
2. Fejasmond Jukin (06.01.1994)(15 years)
3. Alvin Junih (13.01.1994)(15 years)
4. Agnes George (21.01.1994)(15 years)

May God Bless You..Amen,.

SENERAI CALON KOMITI BARU KBP ZON 1 BABAGON 2010/2011


Antara calon komiti baru. L-R: Helena, Donna, Baxter, Leslie, Sonny, Jinol, Roriano, Melly dan Clarice.

Esok, 10hb Januari 2010 akan berlangsungnya pembubaran dan pemilihan semula Komiti Belia Pelaksana Zon 1 Babagon. 16 calon yang bakal merebut 12 slot tertinggi dalam komiti ialah :

1. Aloysius Thomas - Kipouvo
2. Roriano Engkim - Madsiang
3. Annie Lingkuman - Madsiang
4. Melly Lingkuman - Madsiang
5. Clarice Sampil - Madsiang
6. Jinol Disius - Timpoluon
7. Sonny Ryan Jeli - Timpoluon
8. Nestor Gupok - Babagon
9. Aleviana Gidius - Babagon
10. Raychel Dumpil - Babagon
11. Leslie Justin - Tampasak
12. Baxter Collin - Notoruss
13. Ernie Eddy - Notoruss
14. Gilbert Musa - Timpangoh
15. Helena Sungkit - Rugading
16. Donna Peter - Kibunut

Siapakah yang bakal mengisi 12 slot barisan kepimpinan KBP Zon 1 Babagon? Sama-sama kita tunggu dan lihat keputusannya pada hari esok...

TAHUN YANG SIBUK DAN PADAT.

Tahun 2010 akan menyaksikan TaYoC akan menghadapi tugas-tugas getir dan kesibukan berbanding tahun lepas. Antara program yang bakal dijalankan oleh TaYoC ialah :

1. Parti Kesyukuran TaYoC (Januari)
2. Pertandingan Bolasepak Zon 1 sempena Tadau Ka'amatan (Februari - April)
3. Pertandingan Sugandoi Zon 1 (Mei)
4. Perayaan Tadau Ka'amatan Zon 1 2010 (Mei)
5. Rekoleksi TaYoC (Jun)
6. Futsal Zon 1 (Julai - Ogos)
7. Pestabola Merdeka edisi ke-6 (Ogos - September)
8. Pertandingan Badminton (November)
9. XPDC Lagenda (Disember)
10. Bola sepak Piala Soinggun Inter-Phase (Disember)
11. Pertandigan Futsal Akhir Tahun Inter-Phase (Disember)

Semoga semua krew-krew TaYoC dapat meneruskan reputasi dalam penganjuran dan pelaksanaan kesemua program ini.

PEMBUBARAN DAN PEMILIHAN KOMITI BARU KBP ZON 1 BABAGON

Komiti Belia Pelaksana Zon 1 Babagon akan mengadakan pembubaran dan proses pemilihan ahli komiti baru bagi sesi tahun 2010/2011.
Proses ini akan dijalankan di Dewan Sts. Peter & Paul, Babagon pada jam 11 pagi, 10hb Januari 2010 dengan rombongan Team Pelayanan Belia Pelaksana Penampang akan memimpin proses ini.
Semua belia dari seluruh Zon 1 Babagon- Kipouvo, Madsiang, Timpoluon, Tampasak, Babagon, Timpangoh, Notoruss, Rugading, dan Kibunut dijemput hadir bagi menjayakan proses pengundian.
Semoga kepimpinan baru KBP dapat menambah kekuatan sedia ada dan memantapkan lagi belia Zon 1 Babagon.

WISHING YOU...

On behalf of the Tampasak's youths and communities,we wish you a very Happy Blessed New Year 2010. Hopefully this new year of 2010 will bring a lot of luck and joy to all of us. May us living in peace and harmony as one.

Let us pray for the nations that still in war among them, lot of starvation, and still in darkness. May our Heavenly Creator bless the whole living things and we live in happiness throughout 2010. Once more, HAPPY NEW YEAR 2010...