Tuesday, May 25, 2010
PERTEMUAN BUDAYA KE-17
Edisi ke-17 Pertemuan Budaya Peringkat Negeri Sabah akan diadakan pada 03hb - 06hb Jun 2010. Lokasi kali ini ialah Kg. Buayan, Penampang. Sebelum ini, semasa Pertemuan Budaya Ke-16 di Kg. Alutok, Ulu Tomani, Tenom pada tahun 2009, daerah Sukau menjadi pilihan. Namun terdapat beberapa masalah teknikal maka Ulu Papar menjadi pilihan. Opsyen ini jelas bagi tepat pada masanya kerana kawasan Ulu Papar sedang dalam dilema dengan pembinaan empangan. Ini merupakan peluang masyarakat luar untuk sama-sama berjuang dengan masyarakat Buayan dan kawasan sekitar yang dilanda masalah. Kg. Buayan terkenal dengan Laluan Garam yang bermula dari Stesen Banjaran Crocker di Inobong. Berdasarkan pengalaman saya ke Buayan sebelum ini, tempat ini memang best apalagi datang beramai-ramai sebagai satu label, ORANG ASAL!! Jadi, sama-sama kita semarakkan perjuangan ORANG ASAL!! PERTEMUAN BUDAYA KE-17 DI KG. BUAYAN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment