Saturday, January 16, 2010

PROJEK TERBENGKALAI

Pada awal pembinaan gelanggang futsal di Kg. Tampasak, para belia begitu teruja dengan perkembangan tersebut. Kontraktor yang mendapat tender menjanjikan 3 minggu untuk gelanggang ini siap sepenuhnya. Namun, kini selepas 7 bulan, gelanggang yang separuh siap ini tidak memberi sebarang kemajuan. Para belia semakin bosan dengan alasan kontraktor yang mengatakan bahan-bahan pembinaan lambat sampai. Alasan yang sukar diterima kerana Sabah sekarang pesat membangun. Di Penampang sahaja sudah banyak 'hardware' yang dibina seperti Kesigui Hardware, Dat Hong Hardware, Gunung Kinabalu Hardware dan beberapa lagi premis di sekitar bandar Penampang. Maka, alasan ini tidak boleh diguna pakai lagi. Sudah sampai masanya bagi belia Tampasak memberontak setelah acap kali dijanjikan dengan kata-kata manis. Siapakah yang harus bertanggungjawab dalam hal ini?

No comments:

Post a Comment