Doa novena ‘Tiga Salam Maria’ telah diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula di kediaman pengerusi JKKK Tampasak, En. Nelson Maison Malon pada 09hb November 2009. Pada hari pertama novena diadakan, ianya dijalankan tanpa penglibatan rakan belia dari kampung lain. Hanya seramai 22 orang yang hadir.
Pada hari kedua novena dijalankan(10/11/2009) seramai 35 orang hadir di kediaman En. Albanus Soinggun. Rakan belia dari luar:- Kg. Babagon, Kg. Timpoluon dan Kg. Madsiang turut datang menyokong belia di Kg. Tampasak. Sesi perkongsian juga diadakan dengan rakan belia dari Kg. Babagon, Nestor Gupok atau lebih dikenali sebagai Perawan Gundul memberi perkongsian mengenai perjalanannya dalam pelayanan di gereja, cabaran dan cara mengatasi masalah tersebut. Pn. Winnie Sundang, isteri kepada En. Albanus turut terharu dengan kehadiran rakan belia dari kampung lain yang sudi datang menyokong belia di Kg. Tampasak. Beliau turut menyeru agar perkumpulan ini dapat diteruskan.
Doa novena hari ketiga dijalankan di kediaman Ketua Kampung Babagon, Gundohing Doon Andreas Molinggun. Kehadiran sedikit menurun dengan hanya 25 orang menyertainya dan tiada wakil dari kampung lain yang datang. Ini disebabkan oleh Tadau Miontong Chapel St. Martin, Moyog diadakan pada hari yang sama. Rakan-rakan belia yang aktif menyertai aktiviti di Kg. Moyog.
No comments:
Post a Comment