Thursday, December 10, 2009

KREW TAYOC MENJADI SUKARELAWAN

Roman & Kibon tengah membersihkan atap gereja.


Kibon, Gaddy, Gillie dan Roman telah menambah tenaga sukarelawan dalam membaiki semula gereja Sts. Peter & Paul, Babagon. Antara kerja yang telah dilakukan ialah membaiki semula dinding bumbung, mengupas dan mengecat semula gereja di dalam dan luar, membersihkan bumbung dan mengecat semula bumbung, dan pelbagai lagi kerja-kerja.

Diharap lebih ramai sukarelawan yang datang membantu kumpulan sediaada ini. Kumpulan sedia ada ialah Togoron, Bibiran, Jairah, Rudy, Balan, Kenny Ray, Ovinkodou, Gillie, Mc Ar'ah, Mellaty, Gaddy, Kibon, Roman, Gundul, Iboe, Ahho, dan Libo.

TAMAN HERBA NOINTUS DALAM DILEMMA

Taman Herba Nointus telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Philip Benedict Lasimbang pada Mac 2007. Hampir 100 lebih jenis herba yang ada di taman ini. Taman ini dikendalikan oleh TaYoC. Namun begitu, musim kemarau pada awal tahun telah 'membunuh' hampir separuh ubatan. Bulan lepas, hujan kuat menyebabkan banjir lumpur masuk ke kolam Nointus. Ia turut membawa ubatan yang ditanam di tepi anak sungai Nointus. Kini, dari seratus lebih ubatan, hanya 10 ubatan yang masih tinggal. Lebih menyukarkan keadaan apabila hanya segelintir anak muda yang arif mengenai ubatan tradisi ini. Maka, untuk mencari pengganti kepada ubatan di taman ini amat sukar. Namun, pembangunan akan diteruskan juga bagi membolehkan taman ini mudah dilawat. TaYoC amat memerlukan seseorang yang pakar dalam bidang ubatan tradisi bagi membolehkan tumbuhan ini ditanam di taman dan ilmu pengetahuan dapat diturunkan kepada generasi akan datang.

KRISMAS SEMAKIN DEKAT...

2 minggu lagi, Krismas bakal menjelang tiba. Kita sekarang dalam musim paska, masa yang baik untuk kita bertobat sebelum kita menghayati semula kelahiran Juruselamat kita, Tuhan Yesus.

Pasti ramai kumpulan belia yang sudah mula menjalankan latihan koir caroling di tempat masing-masing. Di Kg. Tampasak, belia-belia mula menjalani latihan koir. Hampir 90% muka baru dan terdiri daripada remaja belasan tahun. Latihan diadakan setiap malam dan hanya dihadiri oleh satu-satunya senior dalam TaYoC, Giller. Turut membantu ialah rakan-rakan yang baru bangun dari tidur selama ini.

Diharap perkembangan ini berterusan bagi menyatukan belia-belia di kawasan Ulu Moyog umumnya, dan di Kg. Tampasak khasnya. Semoga Krismas tahun ini memberi lembaran baru buat anak-anak muda di Kg. Tampasak.

Wednesday, December 9, 2009

PEMENANGNYA IALAH>>>

Kempen Kesedaran & Penjagaan Alam Sekitar 2009 telah pun tamat dan secara rasminya ditutup pada 06hb Disember, 2009 di Dewan Sts. Peter & Paul, Babagon. Semasa majlis penutupan, Pn. Christina David telah mengumumkan 3 pemenang hasil penilaian yang dijalankan. Pemenang-pemenangnya ialah Melldry Mikin ( Belia Terbaik), Tampasak Youth Club (Penganjur Terbaik) dan KBP Zon 13 Moyog ( Komitmen Terbaik). Tahniah kepada para pemenang.
Kepada semua krew-krew belia TaYoC- Str3T Mundky, Remp-It dan Buu Nointus, tahniah dan syabas diatas penglibatan anda sepanjang persediaan dan semasa kempen di Kg. Tampasak. Teruskan usaha kita untuk maju ke hadapan.

Wednesday, December 2, 2009

SPEAK UP!!



Newsletter Speak UP!! yang telah diterbitkan sejak tahun 2005 oleh editor, GiLL3R7 dan dengan kerjasama Unit Rekod & Dokumentasi TaYoC dan Str3t Mundky dibawah Non-Profit Distro akan mula dengan ‘nafas baru’ bersama dengan Krew Pogol bermula bulan Januari 2010 ini.

Perkara ini sepatutnya bermula sejak bulan Oktober lepas namun, TaYoC memutuskan untuk menghabiskan ‘kontrak’ untuk menyiapkan edisi 2009 sebelum diambil-alih oleh rakan-rakan belia dari luar. Namun begitu, konsep asal dan sidang ridaksi akan dikekalkan. Antara penulis baru dalam keluaran Januari 2010 ialah Bibiran, Mellaty, Ibboe, Togoron, dan beberapa rakan lagi.

Newsletter Speak Up!! setakat ini mempunyai 8 edisi setelah penerbitannya terhenti pada bulan Jun 2007 dan mula diterbitkan semula pada Jun 2009. Speak Up!! juga pernah mempunyai laman sesawang (website) pada tahun 2005 dan ditutup pada tahun 2008 atas sebab-sebab tertentu. GiLL3R7 menjadi editor 8 edisi dengan dibantu variasi penulis-penulis. Manakala co-editor yang pernah membantu ialah Julia (Exsperimental Edition, #1) dan Uncle LeXo (#2 & 3rd Strike) sebelum GiLL3R7 memulakan penerbitan Speak Up!! secara solo dalam edisi ke-4 hingga edisi ke-8. Sama-sama kita nantikan kemunculan Speak Up!! dengan line-up baru dalam barisan krewnya awal tahun 2010.

Kepada yang mahu menghantar karya seni lukis, artikel atau apa saja bahan-bahan untuk dikongsi bersama, anda boleh menghantar melalui e-mel : sakagnointus@yahoo.co.uk atau hantar terus kepada GiLLie, Baxterbeckham atau Mellaty. Sama-sama kita naikkan martabat belia Ulu Moyog.




TERIMA KASIH PACOS TRUST

Tampasak Youth Club amat berterima kasih kepada organisasi bukan kerajaan (NGO) PACOS Trust yang banyak membantu belia Kg. Tampasak dalam pembangunan belia sejak tahun 2004. Latihan-latihan dan bengkel-bengkel yang telah diadakan bersama dengan PACOS banyak mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan belia-belia di kampung ini.

Dengan berkonsepkan perkongsian atau ‘penyebaran 1 kepada 5’ iaitu seorang belia yang menyertai program yang dianjurkan oleh PACOS akan berkongsi pengetahuan kepada 5 orang rakan yang lain dan seterusnya, kemahiran belia di kampung ini dapat dipertingkatkan. Konsep perkongsian ini bermula sejak Latihan Asas Komputer Fasa 1 pada bulan Februari 2005 di Balairaya Kg. Babagon. Setakat ini, konsep ini cukup berkesan dan mudah diterima oleh setiap lapisan belia.


PELAWAT DARIPADA BANGLADESH

Pada 10hb November 2009 yang lepas, TaYoC menerima pelawat yang terdiri daripada 17 menteri daripada salah satu negeri di Bangladesh. Terdahulu dalam lawatan singkat ini, mereka melawat Empangan Babagon, tasik buatan yang bertujuan untuk menampung keperluan penduduk di bandaraya dan kawasan sekitarnya.

Semasa lawatan mereka di Kg. Tampasak, mereka telah diberi taklimat mengenai pembinaan Empangan Babagon, kesan-kesan pembinaan dan latarbelakang komuniti Kg. Tampasak Lama (Kampung asal) oleh Pn. Winnie Joannes. Menteri-menteri ini juga berpeluang untuk berkongsi pengalaman duka penduduk kampung. En. Joannes Molinggun, 87, bekas wakil ketua kempung Tampasak turut memberi perkongsian kepada para pelawat melalui terjemahan oleh Pn. Anne Lasimbang. Para pelawat nyata terharu dengan perkongsian duka penduduk kampung yang berjuang demi mempertahankan tanah adapt tapi tewas ditangan kerajaan.

Sebelum berangkat pulang, para pelawat dijamu dengan buah-buahan tempatan seperti rambutan, langsat, pulutan, dan diberi peluang mencuba minuman tradisi suku kaum Dusun iaitu montoku, tumpung dan lihing.


XPDC LAGENDA KE-3 TAMPASAK 2009.

Peserta XPDC di Kem Tagal Tampasak.

Peserta XPDC di Kem Piasau, Babagon Toki.



XPDC Lagenda kali ketiga akan diadakan pada 5-6hb Disember 2009 bertempat di Tapak Perkhemahan Piasau dan Kawasan Tagal Tampasak di hulu Empangan Babagon. Program tahunan anjuran TaYoC pada tahun ini mendapat kerjasama daripada Jawatan Kuasa Tagal Tampasak.



Tahun ini, TaYoC akan menyusuri lorong lagenda Kg. Tampasak bersama dengan 80 orang belia daripada Gana (Kota Marudu), Kiau (Kota Belud)Kg. Kipouvo(Penampang), dan Terian(Penampang). Tahun pertama XPDC ini pada tahun 2007 diadakan dengan belia Kg. Timpangoh dan pada tahun lepas TaYoC bersama dengan belia Kg. Kipouvo. Program ini mendapat suntikan dana daripada DANIDA melalui PACOS Trust.



XPDC kali ini juga dijangka yang mempunyai penyertaan tertinggi dengan jangkaan 100 orang. Selain itu, krew-krew yang akan menjalankan tugas sepanjang 2 hari program ini berlangsung adalah terdiri daripada belia berumur 6-20 tahun sahaja. Ini juga kali pertama program ini menempatkan peserta di dua tempat berbeza namun satu aktiviti yang sama. Tahun pertama diadakan di Sungai Lilibuon dan tahun lepas di Pintagadan. Tahun ini 2 lokasi berbeza dipilih iaitu Piasau dan kawasan Tagal Tampasak. Keadaan akan dirumitkan dengan cuaca yang sering hujan lebat sekarang ini.




MAKLUMBALAS DARIPADA RAKAN BELIA…

Memandangkan buku khas maklum balas untuk kempen tidak diberi oleh KBP Induk, maka Unit Rekod dan Dokumentasi TaYoC melalui En. Leslie Justin telah mendapatkan maklum balas peserta melalui sistem pesanan ringkas dan e-mel. Berikut daripada maklum balas yang diterima (original, tidak diedit):


“ Shallom, bagi saya, saya berpuas hati dengan penyusunan masa, aktiviti yang disediakan, makanan dan pelaksanaan kempen. Kecuali ada masalah sikit dalam PA system…maksud saya tenaga elektrik tidak begitu kuat dan bunyi otolis (echo) yang tinggi diakibatkan mic berdepan dengan speaker. Apa-apa pun bagi saya, saya berpuas hati dengan hasil kerjasama ahli-ahli kamu dan TQ kerana ko bekerja keras dalam menjayakan kempen tu” – Kilur , Pengerusi KBP Zon 1 Babagon.


“Komen kami, semua ok tapi pasal keja berkumpulan, belia sekadar macam pigi jalan-jalan jak, bukan pungut sampah dan ada aktiviti dalam aturcara tidak dapat dijalankan kerana hujan” – Qumbil, Kelab Belia Madsiang.


“ Bagi saya kempen di Tampasak, saya tidaklah banyak komen..he!heee,..saya amat bersyukur atas usaha korang untuk menjayakan Kempen Kesedaran dan Penjagaan Alam Sekitar di Kg. Tampasak. Korang telah menjalankan kempen dengan berjaya dan yang terbaik dan teratur sekali setakat ini…Teruskan usaha korang untuk membawa belia kearah yang lebih bermakna dan lebih mendekati Tuhan. Terima kasih atas layanan korang semasa kami di Kg. Tampasak kio semoga Tuhan memberkati setiap peribadi korang. Amen. Ikhlas dari saya,sama-samalah kita meneruskan pelayanan kita sebagai belia”- YB Kunat, Kakahangan Timpoluon.


“Bagi sayakan, kempen di Kg. Tampasak secara keseluruhan sangat memuaskan dan berjalan dengan lancar. Cuma hujan saja yang mengganggu sikit perjalanan program. Secara jujur, penganjuran di Kg. Tampasak adalah antara yang terbaik. Top 3 la pendek kata. Pengisian program pun menarik,makanan okey, tempat pelaksanaan selesa dan paling penting ada brochure yang dapat bagi informasi..Syabas dan tahniah!!”- Bibiran, Notoruss Penampang.


“Pengurusan yang bagus dan sempurna..terbaik setakat ini.congratulation to TaYoC’- Dibah, Kelab Belia Madsiang.


“Tempat ok, tidak panas, cuma sempit..he!he!..makanan lebih darr cukup..air ok,mencukupi…aktiviti-aktiviti tersusun ..tandas tiada masalah”- Rika, Kg. Rugading, Penampang.


“Overall semua ok..makanan mencukupi, sound system pun ok,pengurusan masa ok..cuma kurang aktiviti sebab kita macam besa banyak aktivitt pungut sampah dan menanam pokok.tapi best sebab ada sesi perkongsian, praise and worship, aktivtti tambahan –cabutan bertuah oleh ajk kamu, group discussion,pembentangan..ada futsal juga tapi hujan gea tu,ndak dapat dijalankan d,itu masalah cuaca,best da law ada friendly match,,ado gift lagi…tu jak..sorry lau ada komen yang menyinggung perasaan,tiada niat kama mo buat gitu...sharing is caring”- Qika, Kg. Rugading, Penampang.


“1kmpen yang berjaya, sempurna, lancar dan paling best. Pendek kata berjaya cuz banyak penyertaan dari setiap kampung…penyusunan aturcara yangg teratur..tapi huja po masalah la..tapi pendek kata ok ba..!!nga aiso gea d men futsal sebab hujan”- Mairone, Kg. Timpangoh, Babagon.


“Bagi saya best la..tidak boring..tapi lagi best kalu ada lawatan pigi Taman Herba kamu..he,”- Ovinkodou, Kg. Babagon, Penampang.


“Shalom..bagi saya panganjuran kempen KBP d Kg. Tampasak adalah terbaik dan berjalan lancar..semuanya cukup,tiada yang kurang..tq..”- Lydia G., Kg. Timpangoh, Babagon.


“Orait ba..kurang or banyak pun yang datang,yang penting kita lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan semua ini atas cinta kasih Tuhan..so untuk pengetahuan kamu, saya mengucapkan tahniah untuk team kamu,coz punya pengurusan yang cukup baik walaupun hujan untuk progam ini..yang paling best setakat kempen ini berlangsung adalah di tempat kamu..sekali lagi saya ucapkan tahniah dan puji Tuhan. Amen”- Elizabeth@sorundung, KBP Zon13 Moyog.


“Your team have do a good job..well done..keep it up..GBU.”- Aunty Chris a.k.a Mama Labits, PACOS Trust.


“Tahniah kepada TaYoC kerana berjaya melaksanakan program KBP ini dengan cukup baik dan sempurna. Setakat ini, Tampasak adalah yang terbaik. No comment dari kami cuma ucapan tahniah kepada team kamu. Kepada ketua KBP Tampasak, Gillie teruskan usaha ko dalam membawa rakan-rakan belia kita untuk bangun dan terus aktif dalam pelayanan. Antara 8 kempen setakat ini, Tampasak satu-satunya yang paling best biarpun hujan turun dengan lebat. Makanan yang variasi dan air lebih daripada cukup. Ada brosur, gift dan paling best ada pameran aktiviti belia. Jangan lupa jemput kami untuk XPDC 2009 ne..”- D.P, Kg. Kibunut, Penampang.


KEMPEN KESEDARAN DAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR KALI KE-9 TAHUN 2009

Krew TaYoC

NOINTUS: Kempen Kesedaran dan Penjagaan Alam Sekitar kali ke-9 untuk tahun 2009 telah diadakan pada 15 November 2009. Untuk kempen kali ke-9 ini, Kg. Tampasak telah menjadi tuan rumah dengan Tampasak Youth Club (TaYoC) sebagai penganjur.

Kempen di Kg. Tampasak diadakan di Bangunan DANIDA, bekas pra-sekolah dan tadika swasta. Seramai 153 orang yang hadir menjayakan kempen kali ini yang mana merupakan kedua tertinggi selepas kempen ke-3 di Kg. Kipouvo, 162 orang. Namun, rakan-rakan belia dari Kg. Kipouvo tidak dapat bersama kerana mereka juga mengadakan sukan gereja di Chapel Christ The King, Kipouvo.

Kempen ini dimulakan oleh Pengerusi JKKK Tampasak, En. Nelson Maison. Turut hadir dalam kempen ini ialah Sister Rita Prisca, Pn. Magdelina Moduat (Penasihat Gugumompi Tinimungan Tulun Katolik Tampasak), Pn. Sylvia Joannes (Pengerusi Liga Wanita Tampasak), Pn. Winnie Joannes dan Pn. Gusinah Sundang (AJK Tinimungan Mororobuat), En. Philip Pius (Pengerusi Tagal Tampasak) dan rakan TPBP, En. Jackulin.

Sebanyak 380 pokok merangkumi 288 pokok pinang, 57 pokok kelapa, 5 pokok bambangan, 15 pokok rambutan dan 15 pokok ‘takob-akob’ ditanam diseluruh kawasan perumahan Fasa 1 & 2, jalan-jalan utama, Kebun Organik Komuniti, kawasan Tagal Kg. Tampasak, Taman Herba Nointus, padang komuniti, dan sekeliling bangunan DANIDA. Cuaca yang tidak mengizinkan memaksa beberapa aktiviti seperti Kempen Anti-Plastik, perlawanan persahabatan futsal dan beberapa kejutan tidak dapat dilaksanakan.

Dalam bengkel bersama Sister Rita, beliau membawa belia membincangkan kebaikan dan keburukan internet serta mengajak belia untuk mencadangkan aktiviti pada masa akan datang. Hasilnya, beberapa idea berjaya diketengahkan dan diharap dapat diberi pertimbangan untuk aktiviti belia pada masa akan datang. Satu perkara yang menarik ialah semasa sesi pembentangan, dimana semua muka baru membentang untuk kumpulan masing-masing.

Rakan KBP dari Kg. Notorus, En. Baxter Collin juga memberi perkongsian mengenai perjalanan hidupnya sebagai seorang belia yang melayan di gereja. Diharap belia yang hadir terutamanya dari Kg. Tampasak dapat membuka hati dan minda setelah mendengar perkongsian itu. Selepas itu, AJK Penganjur memberi hadiah penghargaan kepada belia yang hadir dengan kejutan brosur bertuah. Sebanyak 5 pemenang masing-masing dari Kg. Rugading, Kg. Kibunut, Kg. Timpoluon dan 2 dari Kg. Timpangoh menjadi peserta bertuah untuk menerima hadiah penghargaan yang disampaikan oleh Sister Rita Prisca.

Kempen ditutup dengan doa khas untuk persediaan pentahbisan menjadi deacon bagi Seminarian Mathews Agustin dan doa bagi pelajar yang menghadapi peperiksaan SPM. Selepas itu, kempen ini diriuhkan dengan sesi bergambar dimana para peserta masing-masing mahu mengabdikan kenangan di Kg. Tampasak. Unit Muzik dan Kebudayaan TaYoC menambah hangat keriuhan sedia ada dengan mendendangkan lagu-lagu rancak ‘live’ dari album Hillsongs, Planet Shakers dan GMB. Jelas kelihatan wajah-wajah kegembiraan dan keriangan belia-belia Ulu Moyog terpancar di riak wajah mereka sekaligus melupakan hujan lebat yang turun ketika itu.

Dalam upacara simbolik, Pengerusi AJK Pelaksana Kg. Tampasak, En. Herman Amat memberikan bannner kempen kepada Pengerusi AJK Pelaksana Kg. Babagon, Cik Alevina Gidius. Terdahulu, wakil KBP Induk dari Kg. Tampasak, En. Leslie Justin memberi ucapan penutup. Kg. Babagon akan menjadi tuan rumah terakhir kempen ini pada 22 November 2009.



CABARAN-CABARAN PRA-KEMPEN

Semasa dalam menjalankan persiapan untuk menjadi tuan rumah kempen di Kg. Tampasak, pelbagai cabaran telah dilalui sepanjang satu minggu pra-kempen. Antara cabaran yang belia hadapi ialah :


  1. Kekurangan krew/pekerja.

  2. Lewat diberikan kunci bangunan DANIDA.

  3. Tandas lelaki ada sarang lebah madu.

  4. Mengorek parit utama yang tersumbat.

  5. Membina parit/saliran kecil di sekeliling bangunan DANIDA.

  6. Mencari 288 pokok pinang dan 50 pokok kelapa.

  7. Menyediakan 15 pokok rambutan/mata kucing.

  8. Memotong rumput di padang.

  9. Memotong rumput di bahu jalan-jalan utama.

  10. Membuka lumpur setebal 5cm yang memenuhi permukaan lantai di pentas terbuka.

  11. Membaiki system perpaipan.

  12. Membaiki pentas utama.

  13. Masalah peralatan dan bahan-bahan kempen.

  14. Kekurangan fasiliti dan kemudahan untuk kegunaan kempen.


DOA NOVENA PRA-KEMPEN

Doa novena ‘Tiga Salam Maria’ telah diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula di kediaman pengerusi JKKK Tampasak, En. Nelson Maison Malon pada 09hb November 2009. Pada hari pertama novena diadakan, ianya dijalankan tanpa penglibatan rakan belia dari kampung lain. Hanya seramai 22 orang yang hadir.

Pada hari kedua novena dijalankan(10/11/2009) seramai 35 orang hadir di kediaman En. Albanus Soinggun. Rakan belia dari luar:- Kg. Babagon, Kg. Timpoluon dan Kg. Madsiang turut datang menyokong belia di Kg. Tampasak. Sesi perkongsian juga diadakan dengan rakan belia dari Kg. Babagon, Nestor Gupok atau lebih dikenali sebagai Perawan Gundul memberi perkongsian mengenai perjalanannya dalam pelayanan di gereja, cabaran dan cara mengatasi masalah tersebut. Pn. Winnie Sundang, isteri kepada En. Albanus turut terharu dengan kehadiran rakan belia dari kampung lain yang sudi datang menyokong belia di Kg. Tampasak. Beliau turut menyeru agar perkumpulan ini dapat diteruskan.

Doa novena hari ketiga dijalankan di kediaman Ketua Kampung Babagon, Gundohing Doon Andreas Molinggun. Kehadiran sedikit menurun dengan hanya 25 orang menyertainya dan tiada wakil dari kampung lain yang datang. Ini disebabkan oleh Tadau Miontong Chapel St. Martin, Moyog diadakan pada hari yang sama. Rakan-rakan belia yang aktif menyertai aktiviti di Kg. Moyog.

PERSEDIAAN KEMPEN KESEDARAN & PENJAGAAN ALAM SEKITAR DI KG. TAMPASAK.

Sebagai persediaan menjadi tuan rumah kesembilan Kempen Kesedaran & Penjagaan Alam Sekitar, para belia Kg. Tampasak bertungkus-lumus untuk membersihkan kawasan kampung. Ini termasuklah memotong rumput di bahu jalan utama ke Fasa 1 dan Fasa 2, jalan masuk ke kawasan padang, kawasan padang dan sekeliling bangunan DANIDA yang dijadikan tempat berkumpul semasa kempen berlangsung.

Selain itu juga, keadaan cuaca yang sering hujan lebat di sebelah petang memaksa belia-belia meredah hujan dalam membina saliran serta membersihkan parit-parit utama. Sebenarnya, hujan lebat ini dapat juga membantu mengalirkan air deras sekaligus memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan lancar.

Para belia juga membersihkan kawasan bangunan DANIDA yang sebelum ini dijadikan tadika dan pra-sekolah. Namun selepas 6 bulan dibiarkan begitu sahaja, lumpur mula memenuhi kawasan pentas dan menghalang pengaliran air ke parit-parit utama. Kerja-kerja pembersihan ini mengambil masa 3 hari memandangkan semua belia sibuk di sebelah pagi maka kerja-kerja pembersihan hanya dapat dilakukan pada sebelah petang dan ditambah sukar dengan cuaca yang memburukkan lagi keadaan.Namun begitu, semua kerja-kerja pembersihan dapat juga disempurnakan dengan baik dan lancar. Untuk persiapan hiasan pentas dan kemudahan untuk kempen seperti bangku, meja, tandas, system perpaipan dan PA system hanya dapat dilakukan 24jam sebelum kempen bermula.

Dari awal persediaan dilakukan, hanya belia dari kaum lelaki yang datang bertungkus-lumus dalam menjayakan persediaan untuk kempen. Suatu situasi yang jarang dapat dilihat di kalangan belia. Tidak kelihatan kaum wanita sepanjang persediaan ini. Walau apa pun yang berlaku, syabas dan terima kasih kepada belia-belia yang bertungkus-lumus dalam persediaan ini..

Monday, November 23, 2009

TaYoC's start blogging...

TaYoC will begin their another new era in IT...with blogging...keep in touch to this newly-fresh blog site...coming soon...just wait..thank you,..