"Norikot nodi bulan 5.." lagu ini terus berkumandang di telinga admin. Terngiang-ngiang lagi pangkis sayau tahun lepas. AWASSS!! Bulan 5 ini sinonim dengan bulan aramai tie, makanya sila berhati-hati kio. Jangan terlampau minum. Apa-apapun, bagi pihak belia Kg. Tampasak, Penampang kami ingin mengucapkan 'KOTOBIAN TADAU TAGAYO DO KA'AMATAN'.
Monday, April 30, 2012
Friday, April 27, 2012
XPDC JORAN 1
Kenny dengan keli afrika ...
Airon dengan common-carpnya..
Kepelbagaian jenis ikan seperti keli afrika, patin, tilapia, lampam jawa, grass-carp dan tilapia merah yang sebesar 1kg-5kg menghuni kolam sebesar padang bolasepak. Antara belia yang terlibat ialah :
01. Jayrol Jubile
02. Jayrieco Jubile
03. Recyno Judin
04. Cyril Junior
05. Kelly Gregory
06. Airon Alex
07. Kenny Idris
08. Sulaiman Osman
09. Roysten Johny
10. Herman Amat
11. Leslie Justin
12. Flien Jinson
EARTH DAY 2012
Belia Tampasak telah menyambut 'Hari Bumi 2012' pada 22hb April 2012 yang lepas di Taman Herba Nointus, Kg. Tampasak. Sebanyak 12 pokok herba tempatan yang dipanggil 'tomboilik' telah ditanam di sekitar taman. Selain itu, terdapat 15 pokok dan bunga berbeza jenis ditanam sebagai simbolik menyelamatkan bumi daripada pencemaran dan aktiviti ini merupakan salah satu tugasan dalam projek 'Nointus Go Green'.
EARTH HOUR 2012
Mereka yang sanggup mengorbankan masa untuk bersama-sama menyahut EH2012 ialah :
01. En. Sulaiman Osman (Petagas)
02. En. Ruby Paulin (Timpoluon)
03. En. Melldry Mikin (Babagon)
04. En. Roysten Johny (Tampasak)
05. En. Flien Jinson (Tampasak)
06. En. Nayvelter Jinson (Tampasak)
07. En. Anderson Jerome (Tampasak)
08. En. Jayrol Jubile (Tampasak)
09. En. Jayrieco Jubile (Tampasak)
10. En. Leslie Justin (Tampasak)
11. En. Kelly Gregory (Tampasak)
12. En. Recyno Judin (Tampasak)
12. En. Cyril Junior (Tampasak)
13. En. Airon Alex (Tampasak)
14. En. Kenny Idris (Tampasak)
15. En. Fejasmon Jukin (Tampasak)
PAPAN TANDA LARANGAN
Papan tanda baru..
Terdapat 13 jenis ikan yang terdapat di dalam kolam ini. Antaranya ialah ikan tilapia, turongou, sepat siam, comon-carp, tilapia merah, kalui, karuk, keli afrika, haruan, koi, lampam jawa, lumpis, dan pelian. Selain itu terdapat juga hidupan lain seperti kepah air tawar, labi-labi, kura-kura dan 'lindung (belut) di dalam kolam ini.
PELEPASAN BENIH IKAN BULAN APRIL
Jayrol melepaskan 12 ekor lampam jawa dewasa
Roysten melepaskan 70 ekor benih ikan merah.
Untuk bulan April ini, sebanyak 15 ekor lampam jawa telah dilepaskan oleh En. Jayrol Jubile dan sebanyak 70 ekor tilapia merah dilepaskan oleh En. Roysten Johny masing-masing pada awal dan pertengahan bulan.
Dijangka lebih banyak benih ikan akan dilepaskan pada masa akan datang.
BENGKEL TRANSFORMASI
Pemuda UPKO Bahagian Penampang telah mengadakan Bengkel Transformasi Politik Generasi Muda Parlimen Penampang pada 22hb April 2012 bertempat di J'Borneo Native Village, Lok Kawi. Bengkel ini merangkumi perkongsian mereka yang berpengalaman mengenai politik. Antara penceramah pada hari tersebut ialah YB. Datuk Phillip Lasimbang dan Gun. Ewon Benedick. Presiden UPKO, YAB. Tan Sri Bernard Dompok, dan ADUN Kawasan Moyog, Datuk Donald Mojuntin juga turut serta dalam sesi terakhir bengkel tersebut.
Bengkel ini berkisar mengenai sifat-sifat kepimpinan dan pemimpin muda yang bermula pada jam 1 petang hingga jam 4 petang ini berakhir dengan sesi beramah-mesra pemimpin bersama belia.
TAYOC diwakili oleh En. Herman Amat (Pengerusi Komulakan UPKO Penampang), En. Roysten Johny (Penegrusi TAYOC), En. Leslie Justin, En. Kenny Idris dan En. Imanuil Simban.
Bengkel ini berkisar mengenai sifat-sifat kepimpinan dan pemimpin muda yang bermula pada jam 1 petang hingga jam 4 petang ini berakhir dengan sesi beramah-mesra pemimpin bersama belia.
TAYOC diwakili oleh En. Herman Amat (Pengerusi Komulakan UPKO Penampang), En. Roysten Johny (Penegrusi TAYOC), En. Leslie Justin, En. Kenny Idris dan En. Imanuil Simban.
TAHNIAH VETERAN!!
Tampasak Veteran FC berjaya mempertahankan piala Bolasepak Kategori Veteran Ka'amatan Peringkat Zon Pertanian 2012 yang berlangsung di padang Kg. Madsiang pada 15hb April dan 22hb April 2012. Ini merupakan kejuaraan ketiga berturut-turut Tampasak Veteran FC.
Berbeza dengan dua lagi kelab dari Kg. Tampasak yang diwakili oleh belia iatu Tampasak United dan Tampasak Junior yang tersingkir awal. Satu lagi kelab yang diwakili TAYOC FC tidak menyertai pertandingan kali ini.
Syabas kepada semua yang terlibat.
Berbeza dengan dua lagi kelab dari Kg. Tampasak yang diwakili oleh belia iatu Tampasak United dan Tampasak Junior yang tersingkir awal. Satu lagi kelab yang diwakili TAYOC FC tidak menyertai pertandingan kali ini.
Syabas kepada semua yang terlibat.
Subscribe to:
Posts (Atom)