Monday, March 26, 2012

PAY BEFORE YOU PLAY

Simple notice by management.





Gara-gara kaki hutang, semua pemain terpaksa menanggung akibat. Bola futsal hanya akan diberikan selepas pembayaran harian dilangsaikan. Begitu juga dengan lampu gelanggang futsal, hanya akan dinyalakan jika semua pemain telah mendaftar dan membayar RM 1.00 setiap malam. 

Pihak pengurusan gelanggang mendapati hutang-hutang yang semakin banyak dan peningkatan bil elektrik serta kos membeli bola futsal dan peralatan sukan yang lain tidak seimbang. Diharap agar semua pemain terlibat mengikut peraturan sedia ada.


INFO FROM FB TAYOC




  • Program 'NOINTUS GO GREEN' akan diadakan sepanjang tahun ini bermula dari bulan Mac sehingga akhir tahun 2012. Program ini merupakan kesinambungan kepada program sedia ada 'GIVE NOINTUS ANOTHER BREATH' yang diadakan sepanjang tahun 2011 dan diteruskan pada tahun 2012. Program ini merangkumi beberapa fasa.
     ·  ·  · March 18 at 9:41am near Kota Kinabalu

ECO-ENZYM PHASE 2


Team Eco-Tech telah melawat Kg. Tampasak pada awal bulan Mac untuk meninjau perkembangan projek ko-enzim yang mereka laksanakan bersama dengan TAYOC. Hampir semua projek mendatangkan hasil yang berbaloi kerana lebih separuh daripada hasil enzim dapat dibotolkan dan akan dijual di tamu hari minggu di Bandar Donggongon.

Syabas kepada semua peserta yang terlibat. Bagi mereka yang ingin meminta tunjuk ajar mengenai penghasilan ko-enzim, TAYOC bersedia berkongsi pengalaman. Sila hubungi krew kami melalui emel: sakagnointus@yahoo.co.uk atau tampasak_belia@yahoo.com atau inbox ke akaun facebook 'Kelab Belia Tampasak'.

Sunday, March 25, 2012

BILA AKAN SIAP?

Jalan pendakian. Perhatikan tanah runtuh di sebelah parit. Gambar sebelum tanah runtuh.
     Seperti yang kita telah sedia maklum bahawa jalan yang menghubungkan Tampasak Fasa 1 dan Fasa 2 telah siap setelah pembinaan jalan ke Fasa 3 dilakukan. Namun setelah 2 tahun berlalu, jalan tersebut masih belum diaspal biarpun sudah di tabur dengan batu gred. Lagi teruk jika kereta mula mendaki simpang depan rumah bekas pengerusi TAYOC, En. Roysten Johny kerana jalan tersebut terlalu curam dan memudaratkan kereta yang rendah.

    Bagi mereka yang menggunakan pacuan 4 roda atau kereta-kereta besar tidak menjadi masalah bagi mereka melalui jalan ini. Tetapi bagaimana jika mereka yang mempunyai kereta rendah? Pastinya bunyi yang berkeriut akibat sentuhan antara permukaan jalan dan bahagian bawah kereta atau bumper depan pasti menyakitkan hati. Pada waktu hujan, jalan ini akan menjadi terlalu licin untuk dilalui. Sewaktu tinjauan ke jalan ini pada awal bulan Mac 2012, salah satu daripada 2 bahagian parit di tepi jalan tidak berfungsi kerana tersumbat dengan tanah runtuh. Air akan membanjiri jalan ketika hujan lebat.

    Pihak belia berharap agar jalan ini diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak KK, JKKK, dan UPKR. Persoalannya, bila jalan ini akan siap sempurna sepenuhnya?