Monday, December 15, 2014

AFLATEEN TOGUDON 2014

TAYOC telah menghantar 3 krew:- Cik Raynie, En. Flien & En. Allister untuk menyertai program AFLATEEN di Togudon Rest House pada 08 - 10hb Disember 2014. Turut menyertai mereka ialah seorang ahli Nompuri, En. Festeridoo Linus. Program yang menumpukan kepada pengurusan kewangan serta perbelanjaan ini banyak memberi manfaat kepada semua peserta program yang hadir. Program ini dianjurkan oleh PACOS Trust.

Krew TAYOC bersama rakan belia dari Kg. Kibunut, Penampang.

NOMPURI: BIBLE SHARING


Komiti TAYOC dan Tampasak Catholic Community (TCC) telah mengadakan sesi perkongsian alkitab atau 'bible-sharing' bagi kanak-kanak di Kg. Tampasak sempena cuti sekolah pada 10.12.2014 yang lepas. Sesi ini dikendalikan oleh En. Peter Dore dan Puan Kristi. Program bermula jam 0100 hingga 0430 petang ini diadakan di Tampasak Community Learning Centre (CLC).

En. Peter sedang membuat perkongsian.

Antara kanak-kanak yang terlibat bersama Krew TAYOC.

Pn. Kristi sedang membuat perkongsian.

NEW CONFIRMANTS

TAYOC mengucapkan tahniah kepada 5 orang belia yang baru saja menerima Sakramen Penguatan pada 13.12.2014 yang lepas di gereja Katolik Sts. Peter & Paul, Babagon yang disempurnakan oleh Uskup John Wong.

En. Jayrieco Jubile, En. Anderson Nelson, En. Airon Alex, Cik Nelly Martin dan Cik Sharon Nelson.

L-R: Nelly, Anderson, Sharon, Airon dan Jayrieco.

MESYUARAT TAMPASAK SPORT CENTRE (TSC)

Mesyuarat kedua bagi penganjuran Pertandingan Billiard TSC 2014 telah diadakan pada 15.11.2014. Mesyuarat dihadiri oleh Komiti AJK TSC sahaja membincangkan mengenai tarikh, masa, tempat dan peraturan serta persediaan ini diadakan di Tampasak Sport Centre pada jam 0700 malam. Mesyuarat dipengerusikan sendiri oleh En. Justine Toik, Pengerusi TSC.

GOTONG-ROYONG KG. TAMPASAK

Gotong-royong Kg. Tampasak telah diadakan pada 09.11.2014 (Ahad). Kerja merangkumi pembersihan parit-parit utama, memotong rumput di sepanjang bahu jalan perkampungan dan pembersihan kawasan padang.


GOTONG-ROYONG BERSAMA TAYOC-TIMFA

Pada 26hb Oktober 2014 yang lepas, TAYOC menghantar krew untuk membantu rakan-rakan TIMFA membersihkan Padang Bundu, Timpoluon. Krew TAYOC yang datang ialah En. Severinus Paming, En. Nayvelter Jinson, En. Leslie J., En. Roysten J. dan En. Cyril J. Kerja-kerja merangkumi menggantikan tiang gawang gol dan memasang net serta memotong rumput.



PEMBERSIHAN TAKUNGAN AIR LUHUBAN

Hujan lebat yang berterusan pada 23hb Oktober 2014 yang lepas telah menyebabkan paip utama dari empangan air Luhuban yang membekalkan air bersih ke Kg. Tampasak, Penampang tersumbat teruk akibat lumpur dan batu-batan yang hanyut. Krew TAYOC, En. Kenny Idris dan En. Padoming Jukin telah membuat kerja pembersihan di kawasan takungan. Syabas kepada mereka berdua.

En. Padoming sedang membersihakn empangan air Luhuban.

Batu-batan, tanah dan lumpur memenuhi takungan menyebabkan paip utama tersumbat.

Keadaan selepas kerja-kerja pembersihan.

Thursday, September 18, 2014

GAMBAR TAYOC JUARA LIGA C5P 2014

MVP TAYOC, Jayrieco menerima medal pertama bersama 
TAYOC sambil diperhatikan rakan yang lain.

Sahabat. TAYOC bersama TIMFA,
 rakan sepelatih setiap petang.

Tunjang TAYOC: Kenny, Peter, Leslie & Melson.

Gambar kenangan sejurus selepas mengetahui 
kedudukan sebagai juara kejohanan.

Penerimaan trofi kejohanan yang disampaikan 
oleh JKKK Babagon, En. Dinis John.

Juara Musim Pertama Liga C5P TIMFA 2014.

Pemain muda berbakat, Kelly mendahului rakan 
sepasukan menerima medal kejuaraan.
Leslie, memenangi title pertama sebagai pengurus pasukan TAYOC.

Melson (Penjaring Terbanyak)
Kenny (Pemain Terbaik)


For more pictures, visit our Official Facebook Account, Kelab Belia Tampasak's album : CABARAN 5 PENJURU (FINAL DAY) 

JUARA LIGA CABARAN 5 PENJURU MUSIM PERTAMA

Liga Cabaran 5 Penjuru Musim Pertama anjuran Belia Kg. Timpoluon telah melabuhkan saingan pada 14hb September 2014 yang lepas. TAYOC muncul juara pertama selepas mengutip 8 daripada 12 mata penuh. Pada hari terakhir tersebut, 4 pasukan yang berentap iaitu TIMFA, TAYOC, Notoruss United & Timpango Sugud FC menentukan kedudukan liga. Seawal jam 9.30 pagi, penyokong mula datang memeriahkan suasana hari terakhir liga ini.


TAYOC sebelum sepak mula perlawanan terakhir.
Berikut merupakan profil kejohanan untuk pasukan TAYOC :

Pengurus : Leslie Justin
Pen. Pengurus : Sonny Toik
 Kapten : Peter Goiris
Tim. Kapten : Kenny Idris

Senerai Pemain :

1. Rosyten Johny
2. Nayvelter Athur Jinson
3. Jayrieco Jubile
4. Dexter Julius
5. Jake Ukim
6. Kenny Idris
7. Cyril Palun
8. Jonius Toik
9. Peter Goiris
10. Kelly Gregory Maratim
11. Alik Galik
12. Melson Agustin
13. Mitchell Banus
14. Sonny Toik
15. Severinus Paming

Penjaring :
Melson  Agustin - 10 gol
Peter Goiris - 6 gol
Kenny Idris - 1 gol
Mitchell Banus - 1 gol
Jayrieco Jubile - 1 gol

Keputusan Perlawanan :
TAYOC v Notoruss United : 4-4
TAYOC v Babagon AT : 6-2
TAYOC v Timpango Sugud FC : 4-4
TAYOC v TIMFA : 4-2

Statistik : 2 Menang, 2 Seri (8 mata)
Kedudukan akhir : Juara Kejohanan
Jaringan : 19 gol
Bolos : 12 gol
Kad Kuning : 2 ( Kenny & Dexter)

Pemain Terbaik Kejohanan : Kenny Idris
Penjaring Terbanyak : Melson Agustin

TAYOC's Most Valuable Player: Jayrieco Jubile
TAYOC's Most Promising Talent : Kelly Gregory

Syabas kepada semua krew pengurusan, penyokong pasukan dan penaja-penaja pasukan. Tahniah juga kepada pihak penganjur, TIMFA yang mana ini merupakan anjuran pertama mereka sejak tahun 2000. Musim kedua dijangka bermula pada awal Januari 2015 dimana Timpango Sugud akan menjadi penganjur.

Thursday, August 14, 2014

KOLABORASI DENGAN RALEIGH SABAH SOCIETY

Raleigh Sabah Society (RSS) telah memilih Kg. Tampasak sebagai tempat outing mereka bagi bulan Ogos 2014. Seramai 6 orang belia termasuk seorang warga eropah dari Negara Lithuania telah meluangkan masa dengan kerja-kerja komuniti. Pada awalnya, seramai 20 orang belia RSS dijangka tiba namun atas sebab tertentu yang mendesak maka hanya 6 orang belia yang dapat menyertai lawatan ini.
 
Antara aktiviti yang diadakan ialah mengutip sampah, membaiki dan memasang pagar di Nurseri Tampasak, jungle-trekking, menanam anak pokok di Pulau Bank Pokok di Empangan Babagon, membina tempat barbeque di Dalampai dan Piasau serta menyimen lantai pondok tagal Kg. Tampasak.
 
Bagi pihak komuniti dan warga Kg. Tampasak, kami ingin mengucapkan setinggi penghargaan buat RSS dengan kolaborasi selama 2 hari 1 malam di Kg. Tampasak.
 
Tarikh : 09-10hb Ogos 2014
Tempat: Empangan Babagon, Penampang.