Saturday, August 17, 2013

KREW TERBAIK LAGI

Krew TAYOC, sekali lagi mendapat pujian dengan bantuan semasa hari perkahwinan Mr. Ronney Francis & Mrs. Lydia Majil. Persembahan magagung yang mengiringi tarian sumazau cukup memeriahkan majlis. Antara krew TAYOC:-

1. Leslie Justin - Pengapit lelaki
2. Herman Amat - Magagung
3. Kenny Idris - Magagung
4. Roysten Johny - Magagung
5. Severinus Paming - Magagung
6. Airon Alex - Magagung
7. Dexter Jerome - Magagung
8. Charlie Palun - Bartender
9. Kelly Gregory - Bartender
10. Jayrieco Jubile -Bartender
11. Melson Agustin - Bartender

Terima kasih atas kerjasama anda. Pihak keluarga pengantin memuji kesungguhan krew komulakan Tampasak.

LAWATAN KINABALU CAMP 2013



Pada 06hb hingga 07hb Ohos 2013, Kg. Tampasak menerima lawatan rombongan seramai 14 orang pelajar CSG atau Catholic Student Group dari IPTA seluruh Sabah. Terdapat 2 rakan belia dari negeri jiran, Sarawak yang menyertai rombongan ini. Lawatan 2 hari 1 malam ini merangkumi temubual bersama komuniti mengenai perjuangan komuniti mengenai pembinaan empangan, lawatan ke Taman Herba Nointus, Kolam Organik Komuniti Nointus, Kebun Organik Nointus, Kebun Organik Paun, Perkuburan Kapur, Lorong Lagenda, Lawatan ke Kubur Lama, Pulau Tajau, Kuron Gantung, Tagal Kg. Tampasak dan beberapa tempat simbolik bersejarah di kampung seperti Batu Sumpah dan Tayar Bantahan. Kemuncak malam budaya juga diadakan pada hari pertama dimana dalammsesi itu Pn. Winnie Joannes sempat menceritakan perjuagan dan perkongsian mengenai kampung asal Tampasak sebelum empangan dibina. Persembahan oleh Kumpulan Budaya Nompuri juga diadakan dengan persembahan 'monogunggak' dan tarian 'sumazau'. Sesi karaoke juga berlangsung meriah. Lain-lain aktiviti yang diadakan ialah menanam pokok buah di Taman Herba, menangkap ikan di Kolam Organik, membina lorong masuk ke Taman Herba dan rombongan ini juga berkesempatan membantu mengangkat peralatan dan bahan-bahan binaan di rumah Cikgu Balangin Molinggun.