|
Pengalaman Lion vs Siopon... |
|
En. Jubile mengisi semula air siopon. |
Pada 10hb Februari yang lepas, keluarga En. Nasius Joannes telah mengadakan rumah terbuka sempena perayaan Tahun Baru Cina 2013. Ramai penduduk Kg. Tampasak dan sekitar datang bertandang ke sambutan ini yang diadakan di kediaman mereka di Fasa 1 Tampasak. Kumpulan Lion Dance yang paling popular di Penampang, Penampang Dragon juga dijemput memeriahkan sambutan ini. Kumpulan ini juga menikmati pengalaman pertama mereka apabila 3 'Singa' yang sepatutnya membuat persembahan mabuk ketika acara mengupas kulit limau yang turut diselitkan acara 'moniop siopon'. Hampir 20 minit menanti, akhirnya ketua kumpulan, Ah Ping meminta satu lagi Singa untuk beraksi.