Saturday, January 26, 2013

BENGKEL EKO-PELANCONGAN

Para peserta bengkel.

Pembentangan oleh Melson dan Roysten.

Perwakilan Tampasak dengan hasil perbincangan.

TATABA TUMOKU dengan kerjasama Borneo Travels dan PACOS Trust telah menganjurkan Bengkel Eko Pelancongan pada 19hb Januari 2013 bertempat di Pentas Tagal Kg. Babagon. Bengkel sehari ini amat bermakna bagi semua peserta bagi mempersiapkan diri masing-masing untuk menerima ketibaan kumpulan pelnacong dari seluruh negara-negara ASEAN pada awal bulan Mac ini. TAYOC diwakili oleh En. Roysten Johny, En. Jayrol Jubile, En. Melson Agustin, En. Alexzino Joannes, En. Leslie Justin dan Cik Raynee Rabanus.

BIRTHDAY CELEBRATION

The Crew of TAYOCs..
Kelab Penyokong Manchester United Tampasak (MUFC Tampasak) dan TAYOC menyambut hari jadi ke-26 salah seorang rakan, En. Leslie Justin pada 05hb Januari 2013. Sambutan spontan dan tidak dirancang ini dihadiri oleh rakan-rakan rapat jemputan hos majlis ini, En. Herman Amat. Aktiviti sebegini akan diadakan setiap kali ada rakan yang akan menyambut ulang tahun kelahiran mereka.

PENDEDAHAN ILMU

Krew TAYOC, Jayrol dan Roysten khusyuk mendengar penerangan mengenai herba tradisi.
TAYOC diwakili oleh En. Roysten Johny, En. Jayrol Jubile dan En. Leslie Justin telah menyertai Karnival Sukan Tradisi anjuran Penampang Home Stay yang berlangsung selama 2 hari di Pentas Tagal Kg. Babagon. Krew-krew TAYOC ini menumpukan fokus terhadap boot Herba Tradisi yang mana mereka menghabiskan masa untuk mempelajari ilmu herba tradisi dan mengenali pokok-pokok herba yang dipamerkan.

NEW YEAR 2013

Antara tulang belakang TAYOC sepanjang 2012.

Wajah-wajah ceria menjelang sambutan tahun baru.
Sekali lagi D'Reds Square (Kediaman En. Herman) menjadi lokasi para belia-belia Kg. Tampasak untuk berkumpul bersama beramai-ramai untuk menyambut ketibaan tahun baru 2013. Sesi bbQ dan karaoke bermula dari sebelah petang sehingga subuh hari berikutnya. Kemeriahan jelas kelihatan dengan telatah dan ragam belia-belia yang sememangnya akrab dan bersefahaman. Terima kasih kepada tuan rumah merangkap penganjur, En. Herman Amat, pengerusi Komulakan UPKO Penampang.

FRIENDLY-MATCH KBP/TAYOC 2012

Komulakan Zon Pertanian.
Komiti Belia Pelaksana (KBP) Zon 1 Babagon telah mengadakan perlawanan persahabatan futsal dan bola tampar dengan TAYOC di Gelanggang Sukan Pelbagaiguna Kg. Tampasak. Biarpun pihak TAYOC tidak begitu bersedia disebabkan ramai ahli terlibat dalam program di tempat lain,namun atas semangat kesukanan, cabaran KBP Zon 1 disahut juga. Dalam perlawanan bola tampar, TAYOC tewas 3-1 dan memenangi perlawanan futsal dengan keputusan 19-6. Bagi pihak TAYOC, keputusan permainan tidak penting tetapi lebih mengutamakan semangat persahabatan dan berkenalan dengan rakan-rakan belia dari luar. Syabas kepada TAYOC dan KBP Zon 1 Babagon. Semoga lebih banyak program bersama dianjur di masa akan datang.

GOTONG-ROYONG KAMPUNG

Pembinaan stor peralatan kampung.

Pembaikan permukaan gelanggang futsal yang rosak.
TAYOC bekerjasama dengan Pemuda UPKO Cawangan Kg. Tampasak telah mengadakan gotong-royong untuk membersihkan bahu jalan ke padang, pemotongan rumput di padang dan sekeliling gelanggang sukan pelbagai guna, membina stor peralatan kampung, memasang tangki tandas yang baru, memasang sinki dan penambahan paip di tandas serta membaiki permukaan gelanggang futsal dan takraw yang rosak. Semua kerja dapat disiapkan dengan sempurna dalam masa setengah hari dengan kerjasama semua yang terlibat.

PERAYAAN KRISMAS 2012

Para krew TAYOC bersama-sama menyediakan menu masakan di awal pagi.
Tidak seperti tahun-tahun sudah, tahun 2012 para belia menyambut perayaan krismas di Kg. Poring-poring. Para belia berkonvoi seawal pagi pada 26hb Disember 2012. Syabas kepada belia yang terlibat dari pagi hingga larut malam untuk menjayakan perayaan krismas ini yang dihoskan oleh keluarga En. Amat Gosinggul.

MERAIKAN MAJLIS PERKAHWINAN

Wajah-wajah ceria krew TAYOC yang paling menonjol sepanjang majlis tersebut.
Pada 28hb Oktober 2012, TAYOC menghantar kumpulan belia untuk meraikan majlis perkahwinan En. Edward, pak cik kepada En. Herman Amat di Kg. Poring-poring, Inanam. Kehadiran belia Kg. Tampasak sekali lagi mendapat pujian penduduk di sana dengan sikap peramah dan sporting belia-belia Tampasak. Majlis ini berlangsung dengan meriah dan lancar. Terima kasih kepada tuan rumah yang menjemput belia Kg. Tampasak.

JTS PERTAMA TATABA TUMOKU

Pengerusi TAYOC, En. Roysten sedang membentang perancagan TAYOC.
JTS pertama TATABA TUMOKU telah diadakan pada awal bulan Disember 2012. Tampasak Youth Club diwakili oleh Roysten Johny (Pengerusi), Jayrol Jubile (Unit Dokumentasi) dan Leslie Justin (Unit Pembangunan Belia). TAYOC tidak keseorangan kali ini bilamana Belia Kg. Tampasak turut menghadiri sesi ini. Pengerusi JKKK Babagon En. Dinis John memuji belia Kg. Tampasak dan berharap agar belia-belia Kg. Babagon dapat mencontohi belia-belia Kg. Tampasak yang mampu berdiri tanpa mengharap belia luar. Beliau turut mengungkap rasa terkilan mengenai penglibatan belia luar untuk membawa belia Babagon sehingga ramai belia gagal untuk berdiri. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi TATABA TUMOKU iaitu En. Gidius Gonsuin dan En. Monis turut memuji dan menjadikan belia Tampasak sebagai role model kepada belia di kampung dibawah naungan TATABA TUMOKU.