Saturday, August 17, 2013

KREW TERBAIK LAGI

Krew TAYOC, sekali lagi mendapat pujian dengan bantuan semasa hari perkahwinan Mr. Ronney Francis & Mrs. Lydia Majil. Persembahan magagung yang mengiringi tarian sumazau cukup memeriahkan majlis. Antara krew TAYOC:-

1. Leslie Justin - Pengapit lelaki
2. Herman Amat - Magagung
3. Kenny Idris - Magagung
4. Roysten Johny - Magagung
5. Severinus Paming - Magagung
6. Airon Alex - Magagung
7. Dexter Jerome - Magagung
8. Charlie Palun - Bartender
9. Kelly Gregory - Bartender
10. Jayrieco Jubile -Bartender
11. Melson Agustin - Bartender

Terima kasih atas kerjasama anda. Pihak keluarga pengantin memuji kesungguhan krew komulakan Tampasak.

LAWATAN KINABALU CAMP 2013



Pada 06hb hingga 07hb Ohos 2013, Kg. Tampasak menerima lawatan rombongan seramai 14 orang pelajar CSG atau Catholic Student Group dari IPTA seluruh Sabah. Terdapat 2 rakan belia dari negeri jiran, Sarawak yang menyertai rombongan ini. Lawatan 2 hari 1 malam ini merangkumi temubual bersama komuniti mengenai perjuangan komuniti mengenai pembinaan empangan, lawatan ke Taman Herba Nointus, Kolam Organik Komuniti Nointus, Kebun Organik Nointus, Kebun Organik Paun, Perkuburan Kapur, Lorong Lagenda, Lawatan ke Kubur Lama, Pulau Tajau, Kuron Gantung, Tagal Kg. Tampasak dan beberapa tempat simbolik bersejarah di kampung seperti Batu Sumpah dan Tayar Bantahan. Kemuncak malam budaya juga diadakan pada hari pertama dimana dalammsesi itu Pn. Winnie Joannes sempat menceritakan perjuagan dan perkongsian mengenai kampung asal Tampasak sebelum empangan dibina. Persembahan oleh Kumpulan Budaya Nompuri juga diadakan dengan persembahan 'monogunggak' dan tarian 'sumazau'. Sesi karaoke juga berlangsung meriah. Lain-lain aktiviti yang diadakan ialah menanam pokok buah di Taman Herba, menangkap ikan di Kolam Organik, membina lorong masuk ke Taman Herba dan rombongan ini juga berkesempatan membantu mengangkat peralatan dan bahan-bahan binaan di rumah Cikgu Balangin Molinggun.

Wednesday, May 1, 2013

PEMIMPIN TAYOC TERDAHULU

TAYOC dibentuk pada pertengahan tahun 2004, sebelum ini dikenali sebagai Sub-KBP Tampasak. TAYOC telah jauh melangkah menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran samada  di peringkat kelab mahupun peringkat komuniti. Kelab diasaskan 10 tahun lepas oleh En .Alexzino Joannes, En. Leslie Justin, Cik Nancy Joannes, Cik Justini Lea Palun, Puan Julia Malon & Puan Duje Jukin ini berjaya meletakkan belia di Kg. Tampasak setaraf dengan belia di kampung jiran dan berjaya membuktikan yang belia Kg. Tampasak mampu berdiri utuh biarpun dengan hanya berbekal tenaga dan kemahiran belia yang terhad. Berikut merupakan pengerusi yang memimpin TAYOC, suatu tugas yang bukan mudah.

2000 - 2002 : Puan Felimina John (Sub-KBP Tampasak)
2002 - 2004 : En. Mickson Banus (Sub-KBP Tampasak)
2004 - 2007 : En. Leslie Justin (TAYOC)
2007 - 2009 : En. Alexzino Joannes (TAYOC)
2009 - 2011 : En. Dairy Kitta (TAYOC)
2011 - 2013 : En. Roysten Johny (TAYOC)
2013 - kini    : En. Herman Amat (TAYOC)

TAYOC 2013-2015 SUDAH DIBENTUK

TAMPASAK YOUTH CLUB (TAYOC) sudah membentuk Ahli Jawatan Kuasa (AJK) bagi sesi 2013-2015. Pembentukan kali ke-5 ini mengembalikan semula cara pemilihan seperti kali pertama iaitu pada 2004 iaitu berdasarkan daya kepimpinan dan bukannya populariti.

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI (AJKT) :

Penasihat : Ketua Kampung / Pengerusi JKKK Tampasak
Pengerusi : En. Herman Amat
Tim. Pengerusi : Puan Lydia Poingin
Setiausaha : Cik Adeline Maratim
Pen. Setiausaha : En. Flien Jinson
Bendahari : En. Anderson Nelson

UNIT JAWATANKUASA KECIL (UJKK) :

Unit Fotografi & Dokuementasi : Cik Raynie Rabanus & En. Jayrieco Jubile
Unit Sukan & Rekreasi : En. Mitchell Banus & Cik Sandra Idris
Unit Kerohanian & Keagamaan : Puan Mickley Banus & En. Anderson Nelson
Unit Informasi & Publisiti : En. Kelly Gregory & Cik Sharon Nelson
Unit Disiplin & Keselamatan : En. Dairy Kitta, En. Darius Malon & En. Kenny Idris
Unit Muzik & Kebudayaan : En. Alexzino Joannes, Puan Betris Poingin & En. Airon Alex
Unit Tugas-tugas Khas : Cik Amylea Idris, Cik Brenda Singui, En. Recyno Judin & En. Cyril Jr.
Unit Tunas Muda : En. Harold Justine & Cik Abby Idris
Unit Lestari : En. Jayrol Jubile, En. Dison Jovinus, En. Nayvelter Jinson & En. Fejasmon Jukin

AHLI JAWATANKUASA KHAS (SPECIAL TASK FORCE) :

Unit Perancangan & Pembangunan : En. Leslie Justin & En. Roysten Johny
Unit Pemantauan, Penilaian & Audit : Pn. Winnie Joannes

SYABAS KEPADA SEMUA PENJAWAT. SELAMAT MENJALANKAN TUGS ANDA BAGI PEMBANGUNAN BELIA KAMPUNG TAMASAK. PEMBENTUKAN INI BERKUATKUASA 01.05.2013.

Tuesday, April 30, 2013

ATURCARA HARI KEMUNCAK KAAMATAN KG. TAMPASAK 2013

TARIKH : 25HB MEI 2013
TEMPAT : CLC KAMPUNG TAMPASAK, PENAMPANG.

10.30 am - Pendaftaran Tapai Terbaik , Makanan Port-luck & Tradisi
11.30 am - Ketibaan orang ramai
12.30 am - Ketibaan tetamu jemputan
12.45 am - Ucapan Pengerusi Penganjur
               - Ucapan Ketua Kampung
               - Ucapan dan Perasmian Tadau Ka'amatan oleh Tetamu Khas
               - Pengadilan masakan terbaik / tapai terbaik
               - Doa makan
               - Persembahan Koir oleh Kelab Belia Tampasak
               - Persembahan Toggunggak oleh Tunas Muda TAYOC
               - Persembahan sumazau oleh Tunas Muda TAYOC
               - Final Mipulos Lelaki
               - Penyampaian hadiah masakan/tapai/mipulos
               - Pertandingan sumazau berpasangan kanak-kanak
               - Pertandingan Tanak Topiodo
               - Pertandingan sumazau berpasangan dewasa
               - Penyampaian hadiah Tanak Topiodo & Sumazau
               - Beli suara & Cabutan Tiket Bertuah

07.30pm - Dijangka selesai...


JADUAL SUKAN TRADISI KAAMATAN KG TAMPASAK 2013 (HARI KEDUA)

TARIKH : 19.05.2013

08.00 AM - 11.30 AM :

- Melastik Berpasangan (L/P)
- Monopuk Berpasangan (L/P)
- Tiup belon kanak-kanak (P) <6 p="" tahun="">- Tiup belon kanak-kanak (L) <6 p="" tahun="">- Lumba lari kanak-kanak (L) <12 p="" tahun="">- Lumba lari kanak-kanak (P) <12 p="" tahun="">- Boling Kelapa Berpasangan
- Mipulos (L)

01.30 PM sehingga selesai :

- Liga Futsal Lelaki (13 tahun >)
                 - Futsal Wanita Bujang vs Kahwin

JADUAL SUKAN KA'AMATAN KG TAMPASAK 2013 (HARI PERTAMA)

TARIKH : 12.05.2013 (AHAD)

07.30am - 12.30pm - Gotong-royong Pembersihan Kawasan Perkampungan
                               - Gotong-royong manasad

02.00pm - 04.00pm - Perlawanan Sepak Takraw Bujang vs Kahwin (Lelaki)

04.30pm - 05.30pm - Perlawanan Bola Sepak Bujang vs Kahwin (Lelaki)

05.30pm - 06.30pm - Futsal Tunas Muda ((Bawah 12 Tahun)

06.30pm keatas - Latihan Magagung / Monogunggak Kanak-kanak

Saturday, February 16, 2013

GONG XI FA CHAI


TAMPASAK YOUTH CLUB 
mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 
kepada semua yang merayakan perayaan ini.

RUMAH TERBUKA 2013

Pengalaman Lion vs Siopon...

En. Jubile mengisi semula air siopon.
Pada 10hb Februari yang lepas, keluarga En. Nasius Joannes telah mengadakan rumah terbuka sempena perayaan Tahun Baru Cina 2013. Ramai penduduk Kg. Tampasak dan sekitar datang bertandang ke sambutan ini yang diadakan di kediaman mereka di Fasa 1 Tampasak. Kumpulan Lion Dance yang paling popular di Penampang, Penampang Dragon juga dijemput memeriahkan sambutan ini. Kumpulan ini juga menikmati pengalaman pertama mereka apabila 3 'Singa' yang sepatutnya membuat persembahan mabuk ketika acara mengupas kulit limau yang turut diselitkan acara 'moniop siopon'. Hampir 20 minit menanti, akhirnya ketua kumpulan, Ah Ping meminta satu lagi Singa untuk beraksi.

Saturday, January 26, 2013

BENGKEL EKO-PELANCONGAN

Para peserta bengkel.

Pembentangan oleh Melson dan Roysten.

Perwakilan Tampasak dengan hasil perbincangan.

TATABA TUMOKU dengan kerjasama Borneo Travels dan PACOS Trust telah menganjurkan Bengkel Eko Pelancongan pada 19hb Januari 2013 bertempat di Pentas Tagal Kg. Babagon. Bengkel sehari ini amat bermakna bagi semua peserta bagi mempersiapkan diri masing-masing untuk menerima ketibaan kumpulan pelnacong dari seluruh negara-negara ASEAN pada awal bulan Mac ini. TAYOC diwakili oleh En. Roysten Johny, En. Jayrol Jubile, En. Melson Agustin, En. Alexzino Joannes, En. Leslie Justin dan Cik Raynee Rabanus.

BIRTHDAY CELEBRATION

The Crew of TAYOCs..
Kelab Penyokong Manchester United Tampasak (MUFC Tampasak) dan TAYOC menyambut hari jadi ke-26 salah seorang rakan, En. Leslie Justin pada 05hb Januari 2013. Sambutan spontan dan tidak dirancang ini dihadiri oleh rakan-rakan rapat jemputan hos majlis ini, En. Herman Amat. Aktiviti sebegini akan diadakan setiap kali ada rakan yang akan menyambut ulang tahun kelahiran mereka.

PENDEDAHAN ILMU

Krew TAYOC, Jayrol dan Roysten khusyuk mendengar penerangan mengenai herba tradisi.
TAYOC diwakili oleh En. Roysten Johny, En. Jayrol Jubile dan En. Leslie Justin telah menyertai Karnival Sukan Tradisi anjuran Penampang Home Stay yang berlangsung selama 2 hari di Pentas Tagal Kg. Babagon. Krew-krew TAYOC ini menumpukan fokus terhadap boot Herba Tradisi yang mana mereka menghabiskan masa untuk mempelajari ilmu herba tradisi dan mengenali pokok-pokok herba yang dipamerkan.

NEW YEAR 2013

Antara tulang belakang TAYOC sepanjang 2012.

Wajah-wajah ceria menjelang sambutan tahun baru.
Sekali lagi D'Reds Square (Kediaman En. Herman) menjadi lokasi para belia-belia Kg. Tampasak untuk berkumpul bersama beramai-ramai untuk menyambut ketibaan tahun baru 2013. Sesi bbQ dan karaoke bermula dari sebelah petang sehingga subuh hari berikutnya. Kemeriahan jelas kelihatan dengan telatah dan ragam belia-belia yang sememangnya akrab dan bersefahaman. Terima kasih kepada tuan rumah merangkap penganjur, En. Herman Amat, pengerusi Komulakan UPKO Penampang.

FRIENDLY-MATCH KBP/TAYOC 2012

Komulakan Zon Pertanian.
Komiti Belia Pelaksana (KBP) Zon 1 Babagon telah mengadakan perlawanan persahabatan futsal dan bola tampar dengan TAYOC di Gelanggang Sukan Pelbagaiguna Kg. Tampasak. Biarpun pihak TAYOC tidak begitu bersedia disebabkan ramai ahli terlibat dalam program di tempat lain,namun atas semangat kesukanan, cabaran KBP Zon 1 disahut juga. Dalam perlawanan bola tampar, TAYOC tewas 3-1 dan memenangi perlawanan futsal dengan keputusan 19-6. Bagi pihak TAYOC, keputusan permainan tidak penting tetapi lebih mengutamakan semangat persahabatan dan berkenalan dengan rakan-rakan belia dari luar. Syabas kepada TAYOC dan KBP Zon 1 Babagon. Semoga lebih banyak program bersama dianjur di masa akan datang.

GOTONG-ROYONG KAMPUNG

Pembinaan stor peralatan kampung.

Pembaikan permukaan gelanggang futsal yang rosak.
TAYOC bekerjasama dengan Pemuda UPKO Cawangan Kg. Tampasak telah mengadakan gotong-royong untuk membersihkan bahu jalan ke padang, pemotongan rumput di padang dan sekeliling gelanggang sukan pelbagai guna, membina stor peralatan kampung, memasang tangki tandas yang baru, memasang sinki dan penambahan paip di tandas serta membaiki permukaan gelanggang futsal dan takraw yang rosak. Semua kerja dapat disiapkan dengan sempurna dalam masa setengah hari dengan kerjasama semua yang terlibat.

PERAYAAN KRISMAS 2012

Para krew TAYOC bersama-sama menyediakan menu masakan di awal pagi.
Tidak seperti tahun-tahun sudah, tahun 2012 para belia menyambut perayaan krismas di Kg. Poring-poring. Para belia berkonvoi seawal pagi pada 26hb Disember 2012. Syabas kepada belia yang terlibat dari pagi hingga larut malam untuk menjayakan perayaan krismas ini yang dihoskan oleh keluarga En. Amat Gosinggul.

MERAIKAN MAJLIS PERKAHWINAN

Wajah-wajah ceria krew TAYOC yang paling menonjol sepanjang majlis tersebut.
Pada 28hb Oktober 2012, TAYOC menghantar kumpulan belia untuk meraikan majlis perkahwinan En. Edward, pak cik kepada En. Herman Amat di Kg. Poring-poring, Inanam. Kehadiran belia Kg. Tampasak sekali lagi mendapat pujian penduduk di sana dengan sikap peramah dan sporting belia-belia Tampasak. Majlis ini berlangsung dengan meriah dan lancar. Terima kasih kepada tuan rumah yang menjemput belia Kg. Tampasak.

JTS PERTAMA TATABA TUMOKU

Pengerusi TAYOC, En. Roysten sedang membentang perancagan TAYOC.
JTS pertama TATABA TUMOKU telah diadakan pada awal bulan Disember 2012. Tampasak Youth Club diwakili oleh Roysten Johny (Pengerusi), Jayrol Jubile (Unit Dokumentasi) dan Leslie Justin (Unit Pembangunan Belia). TAYOC tidak keseorangan kali ini bilamana Belia Kg. Tampasak turut menghadiri sesi ini. Pengerusi JKKK Babagon En. Dinis John memuji belia Kg. Tampasak dan berharap agar belia-belia Kg. Babagon dapat mencontohi belia-belia Kg. Tampasak yang mampu berdiri tanpa mengharap belia luar. Beliau turut mengungkap rasa terkilan mengenai penglibatan belia luar untuk membawa belia Babagon sehingga ramai belia gagal untuk berdiri. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi TATABA TUMOKU iaitu En. Gidius Gonsuin dan En. Monis turut memuji dan menjadikan belia Tampasak sebagai role model kepada belia di kampung dibawah naungan TATABA TUMOKU.