Saturday, September 1, 2012

3-in-1 CELEBRATION

Keluarga MS. Dari kiri : Adeline, Debbie, Debra, Jerome, Pn. Modesta, En. Maratim, Puyo, Nelly & Kelly

Kg. Tampasak sekali lagi telah mengadakan 3-in-1 celebration pada 26hb Ogos 2012 yang lepas. Sambutan Bulan Kemerdekaan, Hari Keluarga dan Ulang tahun perkahwinan telah diadakan di kediaman En. Maratim Soinggun. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Benard G. Dompok, MP Penampang. Seperti setiap tahun, Hari Keluarga disambut serentak dengan Bulan Kemerdekaan, namun tahun ini ia menjadi sesuatu yang bermakna bagi keluarga tuan rumah apabila mereka menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-19 bagi En. Maratim Soinggun dan Pn. Modesta Jiniu. 


AJK HARI KELUARGA BERSAMA TAN SRI BENARD & ROMBONGAN

Antara aktiviti sepanjang majlis ini ialah teka kacang & peria, pertandingan makan buah epal, menari twist, permainan tunang-kahwin-cerai, tiket bertuah, beli suara, limbo rock dan beberapa lagi aktiviti menarik. Syabas kepada pihak penganjur. Bermula tahun depan, majlis Hari Keluarga Kg. Tampasak akan diadakan di Pentas Terbuka Kg. Tampasak.

GOTONG-ROYONG TINIMUNGAN MOROROBUAT



Tinimungan Mororobuat dengan kerjasama Kelab Belia Tampasak (TAYOC) telah mengadakan gotong-royong pada 19hb Ogos 2012 untuk mengambil 'tonsuk' bagi tiang dan memasang pagar duri untuk memagari sekeliling kawasan Kebun Organik Komuniti di Paun Tampasak. Wakil TAYOC juga menjayakan  gotong-royong yang dijalankan meskipun hujan lebat turun mencurah-curah semasa proses pemasangan pagar ini. Syabas kepada semua yang terlibat.

PEMASANGAN PAPAN TANDA


Pada 26hb Julai yang lepas, AJK Tagal Kg. Tampasak telah memindahkan dan memasang semula papan tanda larangan menangkap ikan atau papan tanda kawasan tagal yang diberikan oleh Jabatan Perikanan Sabah. Papan tanda ini dipindahkan di sempadan kawasan tagal Tampasak - Kolosunan. Golongan belia turut terlibat dalam aktiviti ini.

MEMINDAHKAN BATU SUMPAH


Satu gotong-royong memindahkan batu sumpah tagal telah diadakan di kawasan tagal Kg. Tampasak pada 26hb Julai 2012. Batu sumpah ini terpaksa dipindahkan kerana ditengelami air semasa musim hujan akibat penambahan ketinggian pintu 'spillway' empangan. Golongan belia turut serta dalam aktiviti ini.