Wednesday, December 28, 2011

CARI DUIT

Oyow sedang menyusun pandan yang telah diikat.
Goblin, salah satu belia paling rajin sedang membersihkan pandan.
     Kini, tanpa saluran dana yang berterusan melalui NGO atau badan kerajaan, ditambah lagi dengan kurangnya aktiviti yang boleh mendatangkan keuntungan kepada TAYOC, beberapa inisiatif untuk mendapatkan dana sedang dalam perancangan. Salah satu daripadanya ialah menjual tanaman pandan daripada Taman Herba Nointus kepada beberapa orang peniaga. Aktiviti ini telah dijalankan oleh beberapa orang belia bagi membantu menambah pendapatan bagi menampung perbelanjaan bagi kegunaan dalam pelaksanaan aktiviti belia. Aktiviti ini diadakan sekali seminggu mengikut permintaan peniaga dan telah bermula sejak awal bulan Disember 2011.

     10% daripada hasil jualan dimasukkan ke dalam dana projek 'SAVE NOINTUS: GIVE ANOTHER BREATH'. Syabas bagi mereka yang terlibat. Semoga Tuhan memberkati.

PERTAMA KALI!!!

Buat pertama kalinya sejak 2001, TAYOC tidak mengadakan lawatan caroling dari rumah ke rumah untuk sesi 2011/2012. Hal ini telah disahkan oleh Leslie Justin, Ketua Unit Pembangunan Belia dan Roysten Johny, Pengerusi TAYOC. Hal disebabkan oleh kurangnya sambutan daripada kalangan belia untuk menyertai aktiviti ini. Selain itu, kesuntukan masa untuk membuat persiapan juga menjadi salah satu faktor pembatalan lawatan untuk tahun ini.

ECO-ENZYM PHASE 1

Antara para peserta bengkel dengan pensyarah UMS (tengah, baju hitam) dan para pelajarnya.

TAYOC Crews dengan member Eco-Tech Company.
Disember 2011:- TAYOC telah bekerjasama dengan Syarikat Eco-Tech dan para pelajar dari Universiti Malaysia Sabah untuk melatih para belia dalam penghasilan sabun dan bahan pencuci melalui proses eco-enzym. Program yang dibiayai sepenuhnya oleh syarikat telekomunikasi gergasi, DiGi ini telah mendapat sambutan bukan saja dari kalangan belia tapi berjaya menarik minat golongan dewasa dari sekitar kawasan Zon Pertanian.

Fasa kedua program ini akan dijadualkan pada 15hb Januari 2012 bertempat di Pentas Terbuka Komuniti Kg. Tampasak.

SEMPADAN KAPUR

Kenny, Lazslo & Charles sedang menuang simen ke lubang tiang.

Antara belia dan warga Tampasak yang datang membantu.
     Pada 09hb Oktober 2011, pihak JKKK Tampasak telah mengadakangotong-royong menanam tiang sempadan Tanah Perkuburan Kapur. Aktiviti ini bermula pada jam 09.30 pagi dengan dihadiri oleh penduduk Kg. Tampasak dan waris yang mempunyai kubur di kawasan tersebut.

     Sempadan tersebut dibuat berikutan dengan pertikaian kawasan tanah kubur dengan pemilik kolam ternakan ikan, En. Francis Tokiu yang mana kes ini dibawa ke makhamah pada pertengahan awal tahun ini dan berpihak kepada komuniti Kg. Tampasak.

     Tahniah dan syabas kepada para belia yang menjayakan aktiviti ini- menanam tiang sempadan, membersihkan Jalan Kapur dan membersihkan kawasan perkuburan. Aktiviti diakhiri dengan makan tengahari (sogit).

PERLAKUAN KURANG AJAR

Bungkusan dan kotak-kotak berselerak di kawasan ini.
     Baru-baru ini, sewaktu melakukan tinjauan ke kawasan Tanah Perkuburan Kapur, Kg. Tampasak krew-krew TAYOC terkejut apabila melihat longgokan sampah yang berupa bahan-bahan membuat kek dan kuih-muih. Kawasan tersebut berselerak dalam lingkungan 25 meter dengan sampah-sarap tersebut. Sewaktu diperiksa, produk tersebut telah melepasi tarikh luput.

     Persoalannya, siapakah pelaku yang membuang sampah di kawasan tanah perkuburan? Ianya umpama tidak menghormati kawasan persemadian dengan mengotorkan kawasan tersebut. Tanah perkuburan ini dibuka sejak tahun 1994 dan ini merupakan kali pertama orang melakukan perbuatan ini. Pengerusi JKKK Tampasak, En. Nelson juga telah dimaklumkan dan beliau berjanji akan menyiasat perkara tersebut.

VANDALISME

Sign-board yang dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
     Buat kesekian kalinya papan tanda Gelanggang Komuniti Kg. Tampasak yang di pasang di simpang jalan masuk ke Kg. Tampasak di jalan besar Tambunan – Penampang dirosakkan oleh pelaku musnah. Awal tahun ini, papan tanda tersebut dicabut dan dibuang ke dalam parit berhampiran. 

     Namun, krew – krew TAYOC telah membaiki papan tanda tersebut. Beberapa bulan kemudian, sekali lagi papan tanda tersebut dirosakkan dengan kesan kemek disebabkan lontaran batu dan dipukul oleh golongan tidak bertanggungjawab ini. 

     Kemudian, sekali lagi papan tanda ini direbahkan. Pihak JKKK Tampasak telah membaiki papan tanda ini dengan membaiki permukaan yang kemek dan menanam tiang dengan konkrit. Baru-baru ini
pada awal bulan Oktober, papan tanda ini rosak sepenuhnya dengan tiang dipatahkan dan plat besi dikemekkan dan dikopek hingga tercabut.

     Ironinya, terdapat 6 papan tanda di kawasan tersebut namun hanya papan tanda milik Kg. Tampasak yang dirosakkan. Persolannya, siapakah yang bertanggung jawab diatas perbuatan terkutuk ini? Siapakah yang harus dipersalahkan?