Wednesday, July 6, 2011

TAMAN HERBA NOINTUS DILANDA BANJIR KILAT

Pada 04hb Julai 2011, Taman Herba Nointus mengalami banjir teruk buat kali pertama sejak tahun 2007. Hujan sejak petang 03hb Julai 2011 bertambah lebat hingga jam 6 petang pada 04hb Julai 2007 telah menyebabkan paras air di Botung Nointus naik mendadak.

"Ne first time saya nampak Nointus banjir besar", kata Kelly @ Ganak, krew GBN yang menyelia taman pada hari tersebut. Turut bersama beliau pada hair itu ialah Jayrol @ Kilol, Airon @ Yono dan Recyno @ Jakurnia.

Akibat banjir besar itu, ubatan atau herba di kawasan sulap Bongol dan tepi kolam terjejas teruk. Penghalang yang diletakkan di ujung kolam bagi menghalang ikan daripada terlepas juga rosak teruk di langgar air besar. Namun, tiada kerosakan pada jambatan dan tiang penyokongnya.

Kerja-kerja pembaikan akan dilakukan bermula pada hari ini, 07hb Julai 2011.