Monday, June 20, 2011

TAYOC : MENCARI ANAK IKAN






Str3tmundky Crews yang terdiri daripada Kenny Idris, Anderson Jerome, Roysten Johny, Leslie Justin dan Airon Alex telah mengadakan aktiviti memancing di hulu Empangan Babagon. Aktiviti ini bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.30 petang. Hasilnya, sebanyak 3kg ikan berjaya dipancing. Ada antara ikan tersebut mati, namun bagi ikan yang hidup, ianya terus dilepaskan di Kolam Nointus bagi tujuan penternakan. Antara jenis ikan yang berjaya dipancing ialah tilapia, pelian, saraie dan lampam.

TAYOC: CARI ANAK POKOK



Pada 11hb Jun 2011, 4 krew Str3tmundky iaitu Kenny Idris, Anderson Jerome, Roysten Johny, Airon Alex dan Leslie Justin telah mengambil inisiatif mencari anak pokok kayu untuk ditanam di sekeliling Kolam Nointus. Anak-anak pokok ini dicari di sekitar Empangan Babagon. Sebanyak 25 anak pokok kayu telah diambil dan ditanam terus ke seluruh kawasan Kolam Nointus. Tujuannya ialah untuk meredupkan kawasan Kolam Nointus dan untuk membekal makanan buah kayu kepada ikan-ikan di Kolam Nointus.

TAYOC : GOTONG-ROYONG ON 10HB JUN 2011





Gotong-royong diadakan lagi pada selepas sehari berehat. Kali ini seramai 15 orang belia terlibat dalam aktiviti yang diadakan pada minggu terakhir cuti semester pertengahan.

Antara kerja yang dijalankan ialah :

1. Membaiki jambatan (support-pillar).
2. Membaiki pagar penahan air ('wokok').
3. Membuat landskap air.
4. Membuka pandan di dalam Kolam Nointus.

TAYOC : GOTONG-ROYONG ON 08HB JUN 2011







TAYOC mengadakan gotong-royong di Taman Herba Nointus lagi pada 08hb Jun 2011. Seramai 14 orang belia datang menjayakan aktiviti gotong-royong yang diadakan untuk memenuhi masa cuti sekolah para belia Kg. Tampasak.

Antara kerja-kerja yang dijalankan ialah :-

1. Menebang pokok yang mengancam keselamatan pondok di Kolam Nointus.
2. Membaiki 'dompuran' (dapur) yang rosak teruk.
3. Membaiki meja.
4. Membaiki dan memindahkan kedudukan singki.
5. Membaiki jalan masuk ke pondok.
6. Menambah bangku di pondok.

TAYOC : GOTONG-ROYONG ON 28HB MEI 2011




Syabas kepada semua TAYOC Crews yang menjayakan aktiviti gotong-royong di Taman Herba Nointus pada 28hb Mei 2011. Biarpun aktiviti ini berlangsung serentak dengan sambutan Tadau Ka'amatan Peringkat Zon Pertanian 2011 di Kg. Togudon, seramai 17 orang belia Kg. Tampasak telah menjayakan aktiviti ini.

Antara kerja yang dijalankan ialah membersihkan seluruh lorong dan memotong rumput di tepi lorong di Taman Herba Nointus iaitu Kintup, Kipuka, Dararasak, Mondoringin, dan Sogohon. Selain itu, sekeliling Kolam Nointus juga dibersihkan.

Aktiviti gotong-royong merupakan aktiviti berterusan yang dianjurkan oleh Tampasak Youth Club (TAYOC) untuk kumpulan belia Kg. Tampasak.

STATUS PENAGALAN KOLAM NOINTUS

Kolam Nointus di Taman Herba Nointus

Kolam Nointus yang terletak di dalam kawasan atau lebih tepatnya berada betul-betul di Taman Herba Nointus kini telah sah di 'tagal' setelah pihak pengurusan mendapati terdapat individu mengambil ikan-ikan dan hidupan air seperti labi-labi tanpa kebenaran pihak pengurusan Taman Herba Nointus.

Kolam ini sebelumnya merupakan hak milik kampung namun telah diserahkan sepenuhnya kepada Kelab Belia Tampasak (TAYOC) pada tahun 2007. Namun begitu, terdapat individu yang datang 'melawat' THN pada waktu malam untuk mengambil ikan-ikan tilapia yang dipelihara. Selain itu, bekas-bekas peralatan memancing seperti tangsi (nilon), mata kail dan umpan juga diletakkan di celah-celah semak-samun.

Penagalan Kolam Nointus ini dilakukan dengan kerjasama Jawatankuasa Tagal Kampung Tampasak dengan jangka masa 5 tahun. Hasil kolam ini akan dituai pada awal tahun 2016. Jika ada Pihak TAYOC juga meminjam-guna Undang-undang Jawatankuasa Tagal Kampung Tampasak. Namun, denda tetap ialah orang yang didapati bersalah akan didenda menanggung setiap kos perbelanjaan gotong-royong di Taman Herba Nointus selama 12 bulan. Denda 'sogit' atas budi bicara Ketua Kampung juga akan dilakukan.

Sunday, June 19, 2011

NOINTUS NEXT PROJECT

NOINTUS NEXT PROJECT merupakan pelan tindakan berterusan bagi aktiviti belia kampung Tampasak terhadap Taman Herba Nointus. Pelbagai aktiviti yang telah dirangka-susun oleh Unit Pembangunan Belia TAYOC dalam on-going project ini.

Projek ini antaranya ialah menyelamatkan anak sungai Nointus daripada terus cetek dan kering, menanam semula anak pokok di sekitar kolam Nointus dan membaik-pulih Taman Herba Nointus yang akan dilakukan secara berperingkat.