Tuesday, April 12, 2011

KEJOHANAN FUTSAL ZON PERTANIAN

Kejohanan Futsal Zon Pertanian 2011.

Tempat : Gelanggang Futsal Kg. Tampasak
Tarikh tutup penyertaan : 15hb April 2011 (05.00pm)

Syarat / Peraturan :

1. Warga tetap Zon Pertanian
2. 8 pemain setiap pasukan, Pengurus & Jurulatih boleh bermain juga
3. Yuran RM5.00 setiap pemain
4. Hantar salinan Mykad bersama borang penyertaan

Borang penyertaan boleh didapati di Kantin Futsal Kg. Tampasak

FUTSAL INTER TAMPASAK

Pemenang tempat ke-4 (Oren) dan tempat ke-5 (Hijau)

Juara (Hijau) & pemenang tempat ke-3 (Oren)

Pada 12hb April 2011, Kelab Belia Tampasak telah menganjurkan Pertandingan Futsal Inter-Tampasak 2011 sempena sambutan perayaan tadau ka'amatan peringkat kampung Tampasak yang akan berlangsung pada 01hb Mei 2011 ini.

Seramai 49 orang belia yang dipecahkan kepada 7 pasukan secara undian telah berentap bermula jam 10 pagi sehingga jam 6 petang. Dalam pertandingan ini, beberapa bakat baru berjaya dikorek. Antara belia yang berjaya mencari tumpuan ialah Jayrieco Jubile @ Qiechorito & Airon Alex @ Smalling. Bakat-bakat terpendam seperti Anderson Nelson @ Oyow, Cyril Judin @ Tekek dan Sylvester Louis @ E'toungab juga berjaya menarik perhatian dengan posisi penjaga gol mereka. Manakala bakat seperti Fejasmond Jukin @ Ganjam dan Rinus Malon @ Runsak berjaya diasah.

Beberapa keputusan mengejut juga berjaya dilakar sepanjang sehari suntuk kejohanan itu. Biarpun cuaca yang tidak menentu, panas dan mendung, namun itu tidak menghalang perjalanan perlawanan-perlawanan yang diadakan.

TANAMAN HERBA UNTUK KESIHATAN


Sememangnya kehadiran semak samun atau tumbuhan didalam kawasan rumah kita adalah sesuatu yang kita tidak gemari. Untuk membersihkannya kita akan mencabut atau lebih menyenangkan lagi kita akan meracunnya. Tetapi pernahkah kita sedar bahawa semak samun itu mengandungi tumbuhan herba yang boleh dijadikan ubatan atau bahan makanan yang baik untuk kesihatan.

Antara tumbuhan herba yang dapat kita temui dikawasan rumah kita ialah keremak, dukung anak, kematikan, tutup bumi, kacang kelo, cempaka, stevia, talin, bakawali dan aerva lantasjus. Manakala akar kayu pula ialah rumput samboi, cendawan susu rimau,ubi jaga dan dahan raja kayu. Kesemua tumbuhan herba ini adalah warisan masyarakat kita yang menjadi amalan turun temurun sejak dahulu lagi.

Berita Harian Online | Man United mara ketepikan Chelsea 2-1

Berita Harian Online | Man United mara ketepikan Chelsea 2-1