|
Sign-board yang dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. |
Buat kesekian kalinya papan tanda Gelanggang Komuniti Kg. Tampasak yang di pasang di simpang jalan masuk ke Kg. Tampasak di jalan besar Tambunan – Penampang dirosakkan oleh pelaku musnah. Awal tahun ini, papan tanda tersebut dicabut dan dibuang ke dalam parit berhampiran.
Namun, krew – krew TAYOC telah membaiki papan tanda tersebut. Beberapa bulan kemudian, sekali lagi papan tanda tersebut dirosakkan dengan kesan kemek disebabkan lontaran batu dan dipukul oleh golongan tidak bertanggungjawab ini.
Kemudian, sekali lagi papan tanda ini direbahkan. Pihak JKKK Tampasak telah membaiki papan tanda ini dengan membaiki permukaan yang kemek dan menanam tiang dengan konkrit. Baru-baru ini
pada awal bulan Oktober, papan tanda ini rosak sepenuhnya dengan tiang dipatahkan dan plat besi dikemekkan dan dikopek hingga tercabut.
Ironinya, terdapat 6 papan tanda di kawasan tersebut namun hanya papan tanda milik Kg. Tampasak yang dirosakkan. Persolannya, siapakah yang bertanggung jawab diatas perbuatan terkutuk ini? Siapakah yang harus dipersalahkan?