Friday, February 12, 2010

GELANGGANG BOLA TAMPAR


Disebabkan gelanggang futsal ditutup untuk pembaikan, dan keadaan padang bola yang belum sempurna, akhirnya krew-krew TaYoC yang dipimpin oleh Jayrol Jubile @ Malung telah bergotong-royong membuat gelanggang bola tampar di sudut kanan padang bola Kg. Tampasak.

Antara krew yang datang membantu ialah Oyow, Alfon, Gaddy, Ken, Roman, Nu-Libo, Gillie, Nani, Gandarut, C'Rol, Rosino, dan Itoman. Gelanggang yang mengikut standard lelaki 18 tahun ini siap dibina dalam masa 30 minit. Terima kasih kepada semua yang datang membantu... by: Malung 25'Str3tMundky.

STR3T MUNDKY ON DANTAI TREKING (19/01/2010)...

Roman tengah mark lorong, takut tersesat...

Gillie tengah try air dari wakau kayu....

Aritu member-member Str3t Mundky : Roman, Nu-Libo, Keane & Gillie telah mengadakan Dantai Treking. Sebenarnya, aktiviti ne tiada tujuan utama pun. Ianya diadakan untuk sekadar suka-suka jak. Cara aktiviti ini dilakukan ialah masuk ke kawasan hutan di Dantai, Tampasak yang belum ada jejak untuk merasai cabaran dalam hutan. Dengan hanya berbekalkan parang, makanan ringan serta penanda jalan, krew SM ne mula meredah masuk hutan bermula dari Kapur, Babagon menuju ke Puncak Dantai dan turun semula ke Dantai Selatan (Dousip's land). Dalam aktiviti ne, macam-macam benda dan perkara lucu berlaku. Walauapapun berlaku, aktiviti ini cukup best dan harap-harap akan ada lagi aktiviti SM under seliaan TaYoC ne....by: T'toll 03'Str3tMundky.